” Ni lagu yang Alif puj0k sangat untuk dijadikan OST Risik Pada Hati.. ” – Alif Satar

Video Alif Satar Nyanyi Sebuah Lagu Yang Diciptanya Bertajuk ‘Isteri’ Raih Pujian Ramai. Wow Bestnya Dengar Lirik Lagu Ni, Deep And So T0uching. Kalau Jadi Lagu OST Risik Pada Hati Ni Memang Padu !!

Baru-baru ini, drama berjudul ‘Risik Pada Hati’ yang ditayangkan di TV3 nampaknya berjaya menarik perhatian para penonton. Ramai yang memuji lakonan Alif Satar, Ummi Nazeera dan Zara Zya menerusi drama itu.

Terbaru, menerusi akaun Instagram Alif, telah berkongsi satu video yang memaparkan Alif sedang menyanyikan sebuah lagu yang diciptanya. Ujar Alif dalam video, hasratnya untuk menjadikan lagu yang berjudul ‘Isteri’ ini sebagai lagu runut bunyi (OST) drama Risik Pada Hati tidak kesampaian.

Selain itu, Alif juga menyifatkan setiap lirik lagu yang diciptanya itu sangat indah dan sesuai untuk digunakan bagi memuj0k para isteri. Malah lagu ini sebenarnya pernah dinyanyikan oleh Alif semasa busking.

Video nyanyian Alif itu telah mendapat perhatian warganet. Ada yang kagum dengan kebolehan Alif yang serba boleh bukan sahaja bergelar pengacara, pelakon, penyanyi, bahkan pandai mencipta lagu yang menarik.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang memuji lagu yang dinyanyikan oleh Alif begitu merdu didengar. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :

” Mungkin lagu ni tak release sebab watak Adam, hahaha. But it’s a beautiful song Alif, terbaik lah, tak puas dengar.. “

” Cepat releaseee. Nak suruh husband hafal siap siap. Everytime nak masuk rumah kena menyanyi lagu ni dulu, haha.. “

” Aduh melting jap, power lah Alif, serba serbi boleh, pelako boleh, nyanyi boleh, cipta lagu pun boleh.. “

” Multi-talented. Berlakon menjadi, nyanyi best, pandai buat lagu summore. Goreng pasta pun boleh, bakar satay pun boleh. Hebat.. “

” Oh lirik dia memang deep sangat. Dengar terus rasa dalam hati tau. Takpe tak rezeki Alif, btw memang sedap lagu ni.. “

” I love it, sedapnya dengar. Tak pernah mengecew4kan lah kalau lagu2 Alif nyanyi, semuanya best2 tau.. “

” Lirik yang sangat mengusik jiwa, memang kalau perempuan dengar terus auto tersentuh lah, power lah Alif.. “

Wah memang sedap dengar lagu yang Alif cipta ni, patutlah ramai yang memuji. Apa-apa pun, semoga Alif terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan terus bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG alifsatar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..