” Nama simple dan mudah diingat.. ” – Netizen

Stacy Anam Kongsi Gambar Pertama Bersama Anak Lelaki Yang Baru Lahir Raih Perhatian Peminat. Wah Terbaik Nama Baby Tu, Ringkas Dan Senang Ingat !!

Baru sahaja beberapa hari yang lalu, Akim Ahmad berkongsikan berita lahirnya cahayama keduanya bersama Stacy Anam. Lahir pada tanggal 6 Ogos bersamaan 18 Muharram, pasangan ini dikurniakan seorang bayi lelaki.

Meninjau akaun Instagram Stacy Anam, telah dikongsikan gambar Stacy bersama bayinya itu. Ini adalah gambar pertama yang dimuatnaik Stacy selepas bersalin. Stacy turut memberitahu nama anaknya ini dan cerita mengenai anak-anaknya Bella dan Eshaal.

Isa, nama yang telah sepakat dipilih bersama Akim. Namanya ringkas dan merupakan nama salah seorang daripada Nabi dalam Islam. Stacy memberitahu Bella dan Eshaal yang paling excited dan r1sau dengan kelahiran adik mereka ini.

Untung kedua-duanya sudah besar dan pandai membantu, ringan sedikit beb4nan Stacy dalam menjaga bayi kecilnya ini. Peminat juga tidak sabar ingin melihat wajah penuh baby Stacy dan Akim, tentu comel.

Jom baca perkongsian di bawah :

Lebih 18 ribu tanda suka telahpun direkodkan untuk posting oleh Stacy ini. Selain ucapan tahniah atas kurniaan Allah ini, nama bayinya juga menjadi perhatian. Antara komen-komen peminat :

” Nama simple dan mudah diingat. Nama besar tu dalam sejarah Islam, semoga jadi insan yang hebat baby Isa. insha Allah.. “

” Congrats kimcy dgn kehadiran ahli baru semoga Stacy sekeluarga bahagia selamanya. Best nama baby, unik.. “

” Alhamdulillah, tahniah stacy dan akim. Assalamualaikum baby Isa, semoga kelak menjadi sehebat namanya.. “

” Tahniah Stacy dan Akim Ahmad. Lepas ni senang panggil anak-anak, panggil ISABELLA jer tiga-tiga datang.. “

” Baby Isa, senang nak ingat. Tengok sipi-sipi pun dah nampak comel, putih kulitnya itu.. “

” Congrats Stacy dengan kehadiran ahli baru. semoga Stacy sekeluarga bahagia selamanya dan bby isa sihat sihat selalu.. “

” Alhamdullilah Tahniah Stacy dan family.. Welcome baby boy Isa.. selamat berp4ntang Stacy.. “

Ringkas betul namanya baby Stacy, nama yang punya sejarah dan antara insan hebat. Apa pun, semoga baby Isa membesar dengan sihat selalu dan Stacy dapat menjalani tempoh berp4ntang dengan jayanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Stacy Anam

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..