” Cantiknya rumah, serba kreatif dan unik. Definisi rumah ekslusif dan elegant.. ” – Netizen

Temuramah Dato’ Sri Mahadi BZ Dan Datin Sri Heliza Helmi Bersama Majalah Nona Di Rumah Mereka Raih Perhatian Peminat. Fuhh Rumah Serba Mewah, Dalaman Warna Keemasan Lagi. Hiasan Pun Unik !!

Meninjau akaun Instagram Majalah Nona, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temuramah antara pihak Majalah Nona bersama pasangan popular, Dato’ Sri Mahadi BZ dan Datin Sri Heliza Helmi.

Temuramah ini berjalan di kediaman DS Mahadi dan rumahnya cukup indah dan cantik. Pada awal video, ditunjukkan beberapa buah kenderaan milik DS Mahadi. Sebanyak 4620 buah kereta mainan Hot Wheels turut menghiasi kereta mewah jenis Jaguar miliknya.

Pada sebuah lagi kereta, 300 ribu biji berlian membaluti kereta ini dan nilainya jutaan ringgit. Kata DS Mahadi, dia sukakan kelainan dan apa yang tidak dibuat oleh orang, itulah yang ingin DS Mahadi mahu lakukan.

Ruang tamu bertemakan warna keemasan, ruangan dalaman rumah ini cukup mempesonakan. Meninjau ke ruangan tingkat atas, lebih menarik dengan lampu berbentuk sangkar. Serba unik pemilihan DS Mahadi untuk kediamannya ini dan semuanya idea dan dekorasinya sendiri.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telahpun mencur1 perhatian peminat dan antara komen-komen yang diberikan oleh peminat :

” M4mak dengan gold memang tak boleh dip1sahkan hehe. Cantik g1la rumahnya, memang bukan nampak mewahlah, betul-betul mewah ni.. “

” Bertuahnya badan kau nak.. senyap-senyap tak de gos1p tetiba kawin terus dapat Datin Sri.. rezeki dik.. “

” Untung Heliza masuk rumah cuci kaki je, Semua disediakan oleh suami. Memang prepare untuk isteri tersayang rupanya. Alhamdulillah.. “

” Rezeki Heliza, lawalah rumah dia. Gold colour, dorang pun pakai sedondon warna kuning comell sangat.. “

” Wow colour gold, lain dari yang lain. rumah impian ramai, tenang betul tengok. Dekorasi sendiri pun perfect lah. Lambang kemewahan dan keunggulan rumah DS Mahadi ni.. “

” Cantiknya rumah, serba kreatif dan unik pemilihan barangan dalam rumah. Rumahpun gold, bersilau mata.. “

” Ini baru betul definasi rumah ekslusif dan elegant. segenap ruang berbeza hiasannya, bestnya kalau dapat rumah macam ni.. “

Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Memang rezeki Datin Sri Heliza berjodohan dengan jutawan muda ini. Apa pun, semoga Dato’ Sri Mahadi dan Datin Sri Heliza dikurniakan perkahwinan yang diberkati dan berbahagia selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Majalah Nona, IG Heliza Helmi, Youtube Channel Majalah Nona

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..