” Sampai keluar air mata aku gelak, lawak betul.. ” – Netizen

Video Persembahan Kumpulan UBI Di Muzikal Lawak Superstar Minggu Ke 3 Buat Penonton Terhibur. Sebijik Betul Fad T1ru Gaya Najib Ali, Dengan Gelak Pun Sama. Ketawa Besar Najib Kena Ajuk Macam Ni, Haha !!

Rancangan Muzikal Lawak Superstar Musim Ke 3 ( MLS3 ) kini sudahpun memasuki minggu ke 3. Bersiaran secara langsung pada setiap hari Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Warna saluran 107, minggu ini tema Institusi Pendidikan diberikan kepada semua peserta.

Meninjau akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan persembahan daripada kumpulan UBI. Fad, Namie dan Sharif sememangnya memiliki chemistry yang baik dan lawak mereka bertiga membuatkan suasana gamat setiap minggu.

Jika minggu lepas, Namie berlakon seperti Akim Stopa, minggu ini Fad pula membuatkan peminat bersorak apabila men1ru lagak salah seorang juri iaitu Najib Ali. Pakaian Fad dan cara bercakapnya memang sama seperti Najib, bahkan Najib sendiri ketawa besar melihat lakonan Fad.

Nyanyian kumpulan UBI juga menghiburkan dan pemilihan lagu dan liriknya sesuai dengan tema yang dibawakan. Bukan hanya penonton dan juri terhibur, malah Sharif dan Namie juga tidak dapat menahan ketawa mereka melihat Fad.

Jom tonton video di bawah (video penuh di hujung artikel) :

Persembahan kumpulan UBI ini telahpun menarik perhatian daripada peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Sampai keluar air mata aku gelak haha. Tiap tiap minggu pun best UBI ni. Ubi bakal juara.. “

” Menjadi pulak Fad men1ru Najib cakap tu, berdekah semalam gelak sampai kena penamp0 dengan anak haha.. “

” Weh, aku ingatkan Najib Ali tu yang atas pentas. Haha sebijik sama dengan spek dia tu haha. Nih paling lawak.. “

” Bukan senang Dato’ Awie nak ketawa berair mata dan bagi 5 bintang. 3 Minggu berturut-turut power, teruskan UBI.. “

” Terbaik, gelak keluar air mata haha. Fad another level lah, lawak g1la UBI serius. Sak1t perut aku, gelak sebijik tu sama.. “

” Mase dia pandang belakang aku ingat dia jadi dato hattan bile dia pusing berdekak ketawa… sak1t perut tak boleh tahan.. “

” Lawak betul Fad sampai Najib pun terbahak ketawa. Dato’ Awie pun terbur4i ketawa punyalah menjadi karektor Najib Fad bawak haha.. “

Memang power persembahan kumpulan UBI minggu ini sehinggakan Dato’ Awie juga ketawa sampai keluar air mata. Persembahan padu kumpulan UBI melayakkan mereka mendapat Superstar Gempak of the Week. Semoga berjaya sehingga ke final dan buat yang terbaik yer kumpulan UBI.

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Gempak, IG Zon Lawak, Youtube Channel Astro Gempak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..