” Suka tengok cara Harris membimbing isteri, semoga istiqomah selalu.. ” – Netizen

Video Harris Annuar Dan Asha Merican Ketika Keluar Bersiar-siar Raih Perhatian Peminat. Cantik Dan Ayu Asha Berhijab, Nampak Sopan Sangat Dengan Baju Longgar Macam Tu !!

Kira-kira 2 bulan yang lalu, pelakon yang juga merupakan anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Kak Ton iaitu Harris Annuar telah pun selamat bergelar suami kepada Asha Merican. 4 tahun percintaan dalam diam tanpa dapat dihidu oleh media, Harris dan Asha akhirnya disatukan.

Pada perkongsian sebelum ini, Harris ada berkongsikan beberapa posting yang memaparkan Asha mengenakan tudung ketika berada di luar. Cantik dan manis, itu antara pujian yang diberikan oleh peminat apabila melihat Asha dengan imej sebegini.

Meninjau entry terbaru Harris Annuar di Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Asha dan Harris ketika bersiar-siar. Asha yang mengenakan Abaya dan shawl yang senada warnanya ini nampak menarik sekali.

Sebelum ini Asha m4lu-m4lu ketika Harris merakamkan dirinya bertudung. Namun kali ini, Asha tidak lagi menyorokkan wajahnya itu. Kata Harris, ini adalah impian setiap suami untuk melihat isterinya berhijab dan menutup aurat.

Jom tonton video di bawah :

Video gelagat pasangan ini telah pun mendapat hampir 28 ribu likes daripada peminat. Antara komen-komen peminat :

” Asbab dia suami, suami itu kan cerminan diri seorang isteri, Orang baik jodohnya baik juga.. “

” Cantiknya Asha bertudung, Alhamdulillah. Semoga istiqomah dalam penghijrahan. Aamin.. “

” Cantiknya Asha, tahniah budak botak Alhamdulillah. sama-sama membimbing dan dibimbing. semoga berbahagia selalu.. “

” Dah kenapa kite pulak yang senyum senyum haha, par0kkk. Moga dalam Rahmat Allah selalu.. “

” Dah laa cantik.. bertambah cantik.. saya doakan pelakon idola saya ni istiqomah selalu bersama sominya.. “

” Isterinya bertambah cantik, moga kekal istiqamah. Tahniah Harris dan isteri, suka tengok cara Harris membimbing isteri.. “

” Cantiknya pakai tudung, nampak muda gituu. Alhamdulillah jat0h ke tangan lelaki yang tepat.. Sungguh beruntung Asha dan Harris, saling melengkapi.. “

Perlahan-lahan Harris menarik isterinya ke arah yang lebih baik, Alhamdulillah. Semakin manis dan sopan Asha apabila sebegini penampilannya. Semoga Allah permudahkan jalan Harris dan Asha dan istiqomah selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Harris Annuar, IG Ashamerican

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..