” Handsomenya hero Anzalna ni, tengah lena pun comel sungguh.. ” – Netizen

Jarang Kongsikan Gambar Anak-Anak, Wajah Anak Kedua Anzalna Nasir, Mohamad Emirhan Raih Tumpuan Peminat. Alahai Makin Besar, Makin Comel Emirhan Ni. Putih Gebu Sungguh !!

Pada tanggal 20 Mei 2022 yang lalu, pelakon Anzalna Nasir telah pun selamat melahirkan cahayamata keduanya. 7 hari selepas kelahirannya, Anzalna dan suaminya, Hanif Zaki mengumumkan nama bayi ini sebagai Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif yang bermaksud Princely Ruler.

Tidak banyak perkongsian Anzalna tentang Emirhan di media sosial yang dapat dibaca. Hanya ada beberapa keping sahaja gambar yang memaparkan wajah hero ke 2 Anzalna ini. Meninjau akaun Instagram Anzalna, satu video terbaru Emirhan dikongsikan dan peminat dapat melihat wajah terkini Emirhan.

Dengan kapsyen memuji anak kedua, Anzalna mengatakan anak kedua selalunya comel, pandai dan pem4lu. Amboi mommy, mentang-mentang mommy Emirhan pun anak nombor 2, bukan main lagi melambung-lambung pujiannya, hehe.

Siap ada hashtag angkat bakul sendiri lagi ye Anzalna, haha. Melihat wajah Emirhan yang putih gebu dan kemerah-merahan itu membuatkan peminat menjadi ger4m. Makin comel lah adik Eidrees ni, macam abangnya juga berkulit putih gebu.

Jom baca perkongsian di bawah :

Antara perkongsian lain yang memperlihatkan wajah Emirhan :

Posting oleh Anzalna ini telahpun mendapat lebih 20 ribu likes daripada peminat sehingga kini. Antara komen-komen peminat :

” Haha betul sangat, anak kedua tersangatlah pandai macam mommy dia. Makin handsome Emirhan ni, putih bersih kulitnya.. “

” Alolo comelnya adik Emirhan ni, tak sabar nak tunggu Emirhan besar. Jalan sebelah abang dia nanti mesti macam kembar.. “

” Tunggu Emirhan besar sikit nanti mesti rasa macam tengok diri Anzalna depan cermin hehe.. “

” Terlajak comelnya Emirhan ni, kecil lagi dah nampak handsomenya tu. Bakal Hero Malaya ni.. “

” Pinjam boleh tak, comelnya Emirhan ni. Makin besar makin putih pulak ye dia. So cute.. “

” Masya Allah handsomenya hero Anzalna ni. Semoga jadi anak yang soleh, Aamin YRA.. “

” Allahu Masya Allah comel sangt hero ke 2 ni … indah sungguh ciptaan Mu .. tengah lena pun comel sungguh.. “

Alahai Emirhan, bakal menjadi pujaan ramai macam abangnya juga ni. Setiap anak memang berbeza dan ada sifatnya yang tersendiri. Tunggu Emirhan besar nanti, boleh tengok sama tak perang4i macam mommynya yang jelita ini. Apa-apa pun, membesar dengan sihat selalu Emirhan dan semoga menjadi anak yang soleh.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Anzalna NasirĀ 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..