” Semp0i je Abang Lan main drum.. ” – Daebakingz

Video Lan Pet Pet Bermain Drum Bersama Kumpulan Busker Di Sebuah Restoran Raih Perhatian. Wah Sempoi Sungguh Abang Lan Pet Pet !!

Tentu ramai yang merindui pelawak Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan bin Ahmad. Lan Pet Pet antara pelawak legend yang pernah popular menerusi kumpulan Senario kini tidak lagi terlalu aktif dalam dunia lawak tanah air.

Jika mengimbau kenangan kembali, Lan Pet Pet rupanya mula bergiat aktif dalam bidang seni sejak tahun 90an lagi. Banyak lawak jenakanya membuatkan ramai yang tidak kering gusi dan ketawa di hadapan kaca televisyen.

Terbaharu menerusi akaun Instagram Daebakingz telah berkongsi satu rakaman video yang memaparkan Lan Pet Pet yang begitu semp0i bermain drum bersama kumpulan busker di sebuah restoran di Pulau Pinang.

Video Lan Pet Pet bermain drum itu telah ditonton lebhi 800 tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Wah bersahaja Lan Pet Pet main drum, kagum dengan sikap humble Lan Pet Pet meskipun dirinya bergelar selebriti.

Jom tonton video di bawah ini :

Sebelum ini, video gelagat Lan Pet Pet sering dirakam oleh peminat. Adakalanya video yang dikongsikan itu menjadi viral di media sosial. Malah video-video tersebut juga dalam pada masa sama telah mengubati rindu peminat terhadap lawak Lan Pet Pet.

Sekarang Lan Pet Pet yang juga merupakan adik ipar kepada pelakon Rozita Che Wan ini lebih memberikan fokus terhadap perniagaan yang diusahakannya. Semoga Lan Pet Pet terus maju jaya dalam apa bidang yang diceburinya serta bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Daebakingz, lanpetpet

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..