” Bila Lofa rap macam berzikir haha, masuk air betul.. ” – Netizen

Video Neelofa Menyanyi Rap Buat Suaminya, Haris Ismail Dan Sufian Suhaimi Tergelak Besar. Ad0i Umi Bilal Ni, Sampai Tertunduk-Tunduk Sufian Ketawa. Kan Dah Kena Bahan Dengan PU Riz, Hehe !!

Meninjau akaun Instagram Neelofa Harris Official, telah dikongsikan sedutan-sedutan video semasa berlangsungnya live antara Sufian Suhaimi, Neelofa dan Haris Ismail semalam. Sebagaimana yang peminat sedia maklum, Sufian pernah bekerjasama bersama pasangan ini.

Dalam video tersebut, Sufian menyanyikan lagu popularnya berjudul Di Matamu bersama-sama Haris. Neelofa pula mengatakan ingin menyanyi dalam irama rap mengiringi nyanyian Sufian dan Haris. Namun lawaknya cara Neelofa rap itu membuatkan Haris dan Sufian ketawa.

Seperti membaca pun ada ketika mendengar suara Neelofa ini. Kata Haris, Neelofa cuma ulang lirik yang Sufian nyanyikan seperti berzikir. Sufian tidak dapat menahan gelak dan akhirnya terburai juga ketawanya.

Kelakar lah Lofa, tengok cara Sufian ketawa tu sampai tertunduk-tunduk dibuatnya. Haris pun turut membahan isterinya, memang menghiburkan live mereka bertiga. Live ini juga mendapat banyak gifts daripada penonton.

Jom tonton video di bawah :

Video gelagat Sufian, Haris dan Neelofa ini membuat peminat turut terhibur. Antara komen-komen peminat :

” Bila Lofa rap macam berzikir haha, masuk air betul. Bilal pun jadi back-up singer jugak dekat belakang tu.. “

” Ni nak rap jadi bunyi membaca, gh1sau gh1sau haha. Ish cute tau Lofa ni. Sel0k suka Haris dengan Pian.. “

” Macam zikir istighfar kata Ustaz Haris haha. Lofa pandai nak rap rap chey chey haha.. “

” Amb0i sedap ustaz membahan Lofa haha. pen4t suka tengok dorang bertiga ni, Lofa rap lawak.. “

” Kes1an Lofa, kena bahan haha. Kelakar la dia orang ni. ada suara background belakang, Bilal pun join sama.. “

Neelofa sebelum ini pernah memberitahu suaranya tidak sedap jika menyanyi. Mana peminat tak excited apabila Neelofa kata hendak rap. Rap Neelofa versi tersendiri, ramai yang terhibur sepanjang live melihat Haris mengusik Neelofa.

Bolehlah janji dengar juga suara Neelofa walaupun ala-ala berzikir, hehe. Apa-apa pun, semoga kerjasama dan persahabatan antara Neelofa, Haris dan Sufian berpanjangan dan ke semuanya berjaya dalam segala lapangan yang diceburi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Neelofaharrisofficial, IG Sufiansuhaimi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..