” Tokti cover macam lagu dia, sedapnya.. ” – Daebakingz

Video Dato’ Sri Siti Nurhaliza Menyanyikan Lagu Casablanca Versinya Tersendiri Secara Live. Alahai Sedapnya Ala-Ala Balada Versi Tokti Nyanyi, Memang Padu !! 

Lagu bertajuk Casablanca nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin, ciptaan lirik oleh Daqmie dan Abdul Karim Al Ali, produser Amir Hufaz, Khairul, Wan Saleh serta Daqmie ini telah mencetuskan fen0mena tersendiri apabila dijadikan muzik latar bagi kebanyakan video yang dihasilkan pengguna laman sosial.

Selain daripada lagu itu yang sedap didengari, liriknya juga unik kerana menggabungkan bahasa Arab dan bahasa Melayu. Setakat artikel ini ditulis, tontonan lagu tersebut menerusi saluran Youtube sudah pun melebihi 12 juta tontonan.

Meninjau di akaun Instagram Daebakingz, telah berkongsi satu video yang memaparkan Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah menyanyikan lagu Casablanca ketika sedang membuat siaran live bersama peminat-peminatnya.

Namun paling menarik, lagu tersebut telah dinyanyikan secara balada oleh Dato’ Sri Siti dengan versinya yang tersendiri. Perkongsian video itu telah ditonton lebih 1 tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah :

Wow walaupun dalam keadaan bersahaja Dato’ Siti nyanyi, tetap sedap lah. Bagi lah lagu apa-apa sekali pun untuk Dato’ Siti menyanyi, semua Dato’ Siti boleh membawanya dengan baik, malah versi yang dibawa olehnya biasanya memang lain daripada yang lain.

Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak ingin mengucapkan tahniah kepada Nuha dan Naufal atas kejayaan lagu yang dinyanyikan mereka. Semoga Nuha mahupun Naufal akan terus berjaya dalam bidang seni suara.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Daebaking, Ctdk, Nuha Bahrin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..