” Menang1s tengok, strong woman. Bila seorang isteri bangk1t.. ” – Netizen

Kongsi Video Bersama Kereta Baru Hasil Titik Peluh Sendiri, Kapsyen Puteri Sarah Liyana. Wah Bukan Biasa-Biasa Kereta Sarah, Rezeki Anak-Anak. Kekuatan Seorang Yang Bergelar Ibu, Respect Lah. Komen Daripada Ibu Mertua Sarah Raih Perhatian Peminat !!

Menerusi akaun Instagram Puteri Sarah Liyana, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Sarah berjumpa dengan agen kereta dan mengambil kereta barunya. Panjang coretan Sarah kali ini dan ianya penuh dengan kata-kata semangat untuk semua wanita di luar sana.

Cerita Sarah, ini adalah rezeki daripada Allah untuk anak-anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah. Walaupun selepas 6 tahun kurang aktif dalam dunia seni dan menjadi suri rumah, rezeki Sarah masih ada dan bakatnya masih dihargai.

Berkat Sarah bekerja sejak 2020, hasilnya kini sudah mula disemai. Sarah memang workaholic orangnya dan pelbagai kerja dilakukan oleh ibu anak 2 ini selagi masih boleh bekerja. Nasihat Sarah untuk wanita lain juga sangat bernas dan boleh dijadikan sebagai panduan.

Ini antara pencapaian yang membanggakan untuk Sarah. Sebuah kereta mewah untuk anak-anak tersayang, happy betul muka Sumayyah. Sarah sudah membuktikan setiap usaha dan kerja keras pasti ada hasil indah di hujungnya.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Sarah ini mencur1 perhatian ramai dan sehingga kini hampir 34 ribu likes sudahpun dicatatkan. Antara komen-komen peminat :

” Yayy tahniah kakak, alhamdulillah semoga anakanda Sarah mendapat kebahagiaan yang sejati bersama anak-anak tersayang.. “

” Bila seorang isteri bangk1t dari kekecew4an. Alhamdulillah, tahniah puan. saya do’akan semoga Allah luaskan lagi rezeki puan & anak-anak seluas lautan yang ada di muka bumi ini.. “

” Menang1s tengok, strong woman. alhamdulillah rezeki sarah dan anak-anak.. Cantik sangat keretanya, bukan mewah no plat pun cantik.. “

” Saya tak tahu kenapa rasa seb4k tengok ni, speechless. happy for you, strong sangat la demi anak-anak tersayang.. “

” Tahniah sis.. inspired a lot. Suka tengok semangat Sarah, beri inspirasi kepada semua orang. Berkat kegigihan dan kecekalan Sarah.. “

” Alhamdulilah dapat beli kereta dengan duit usaha sendiri tu enak sedap rasa nya bangga.. “

” You beruntung sebab fmily mertua sntiasa support,bg semangat dan sntiasa ada dgn u mereka sygkan u.. alhamdulillah rezeki Allah kan.. Smoga kehidupan sarah bersma ank2 terus bhgia hgga hjg nyawa.. “

Ibu mentua Sarah, Datin Patimah turut sama mengucapkan ucapan tahniahnya untuk menantu kesayangannya ini :

Alhamdulillah, Sarah menikmati hasil usaha kerasnya bersama anak-anak. Dalam rezeki Sarah, ada rezeki Syaikhul dan Sumayyah. Yang pasti, semuanya demi keselesaan anak-anaknya itu. Terus maju jaya dan success pada masa akan datang Puteri Sarah Liyana.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Puteri Sarah Liyana

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..