” Ad0i mengekek aku gelak tengok perang4i dua orang ni, haha.. ” – Netizen

Elly Mazlein Kongsi Satu Video Babak Lakonan Bersama Azad Jasmin Buat Ramai Terhibur. Sekali Kak Lina Bagi Lagu Lah, Terus Masing-Masing Tahan Gelak. Lawak Lah Kak Lina Ni !!

Pastinya ramai cukup mengenali dengan selebriti serba boleh iaitu Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom. Wajahnya bukan sahaja menghiasi kaca televisyen sebagai penyanyi mahupun pelakon malah Elly turut popular sebagai pengacara.

Ternyata bakat serba boleh Elly ini membuatkan namanya tidak henti-henti menjadi perhatian peminat seni hiburan tanah air. Terbaru meninjau di akaun Instagram, Elly ada berkongsi satu video lakonannya.

Difahamkan, video tersebut adalah salah satu babak sebuah drama Elly sedang berlakon bersama Azad Jazmin. Kedengaran menerusi video itu, Elly telah menyanyikan sebuah lagu bertajuk ‘ Setia Ku K0rbankan ‘ nyanyian asal penyanyi Fauziah Latiff.

Telatah Elly bersama Azad dalam video telah membuatkan ramai yang menonton terhibur. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Elly itu telah mendapat lebih 3 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya memberikan emoji ketawa dan menyatakan rasa terhibur mereka melihat telatah Elly dan Pak Azad. Antara komen-komen menarik adalah :

” Ad0i mengekek aku gelak tengok perang4i dua orang ni, haha. Mesti bestkan drama ni ada Elly Mazlein dan Azad.. “

” Buka2 fon tengok posting ni terus aku gelak. Kak Pom2 berlakon jadi h4ntu ke dalam drama ni, haha.. “

” Nampak besor sgt Azad disitu. Kak Kepom jdi halus lah, hehe tak sabar nak tengok cite ni, mest best sangat.. “

” Gabungan paling sesuai, mesti lawak sangat drama ni, hehehe. Punya lah tggu nk tgk apa yang Kak Elly buat, sekali dia menyanyi pula, haha.. “

” Mesti kelakar g1la, lg2 dua org ni belakon terbaikkkk lah. Memang suka dari dulu lagi lakonan Pak Azad n Kepom.. “

”  Baru tgk camtu pun dah kelako. Hahkahkhahkhah berapa kali nk ulang tgok ni, kak Lina pom pom tak bt lawak mmg tak sah.. “

” Aduiii kak kepom nih tak penah tak lawaklah. Aku kalau kuar je dr mulut Elly suara, aku dah gelak terus.. “

Wah memang nampak macam best je drama ni, patut lah ramai yang tak sabar untuk menontonnya nanti. Apa-apa pun, semoga Elly Mazlein dan Pak Azad akan terus maju jaya dalam bidang seni tanah air serta bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG iamellymazlein

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..