” Sedapnya nama baby, sesuai dengan comelnya tu.. ” – Netizen

MUA Bellaz Kongsi Video Dan Berita Gembira Selamat Melahirkan Cahaya Mata Keempatnya. Alahai Merah Bak Delima Bibir Baby Girl Ni. Pasti Comel Macam Mamanya Ni. Nama Pun Cantik, Nama Artis Lagi !!

Sebelum ini, jurumekap terkenal MUA Bellaz ada berkongsikan video ketika majlis baby gender reveal diadakan. Sebagaimana yang semua maklum, MUA Bellaz sudahpun mempunyai 3 orang cahayamata iaitu seorang perempuan dan 2 orang lelaki.

Meninjau entry terbaru di akaun Instagram MUA Bellaz, telah dikongsikan satu perkhabaran gembira tentang kelahiran cahayamata keempatnya  beberapa jam yang lalu. MUA Bellaz turut memuatnaik satu video yang memaparkan sedikit bahagian wajah anaknya ini.

Ucapan syukur Alhamdulillah dicoretkan MUA Bellaz atas kurniaan Allah ini. Turut sama ditulis adalah nama yang telah dipilih untuk bayi perempuan ini iaitu Nur Aisywara Nealofa. Wah peminat tegar Nealofa ni.

Melihat kepada wajah baby MUA Bellaz, walaupun cuma kelihatan bahagian bibir dan hidungnya, ramai peminat memuji kecomelan wajah bayi ini. Bibirnya merah bak delima, tentu secantik mamanya juga baby Aisywara Nealofa ni.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, berita gembira ini telahpun meraih hampir 28 ribu likes. Ucapan tahniah juga membanj1ri posting tersebut. Antara komen-komen warganet :

” Alhamdulillah, sedapnya nama baby Bellaz. Tahniah Bellaz, comel sangat sangat Nealofa.. “

” Tahniah Bellaz, alhamdulillah selamat berpant4ng. Cantik namanya sangat sesuai dengan comelnya tu.. “

” Merah menyalanya bibir dia, putih gebu aihh. Mesti cantikk macam Bellaz ni. Macam sebijik muka kakak dia je tu.. “

” Tahniah Bella, comel la dia putih gebu, merah bibir aihh macam delima. Tak sabar nak tengok wajah penuh baby Nealofa.. “

” Tahniah Bellaz, kecik kecik dah nampak lawa. Nama secantik rupanya, selamat berpant4ng Bellaz.. “

” Sedapnya nama baby, paling berkenan la nama tu. Tudiaa bibir baby merah menyala, macam pakai lipstik.. “

” Comelnya baby Bellaz, nama pun sedap. mulut merah menyala, mesti segak macam mak dia. Tahniah Bellaz.. “

Alhamdulillah, selamat sudah MUA Bellaz melahirkan cahayamata yang ditunggu-tunggu ini. Tahniah dari kami di Berita Kopak untuk kelahiran bayi Nealofa ini. Semoga MUA Bellaz cepat sembuh dan bayinya membesar dengan sihat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Muabellaz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..