” Tok macam zaman 4U2C Tok, masih bergetah.. ” – Azza Elite

Video Dato’ AC Mizal Sedang Menjadi Hos Dalam Sebuah Majlis Buat Ramai Terhibur. Tak Pernah Tak Kelakar Bila Dato’ AC Mengacara !!

Meninjau ke akaun Instagram, video ketika Dato’ AC Mizal sedang menjadi pengacara dalam sebuah majlis telah membuatkan ramai terhibur. Bukan sahaja yang menonton video ini malah yang berada di majlis tersebut turut bersorak.

Dato’ AC sememangnya sinonim dengan pengacaraan dan kehebatan Dato’ AC mengacarakan sesuatu majlis sama ada majlis kecil atau besar tidak dapat dinafikan. Dato’ AC mempunyai banyak pengalaman dalam mengacarakan pelbagai majlis.

Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan gelagat Dato’ AC menari mengikut rentak lagu yang dimainkan. Tarian Dato’ AC ini telah membuatkan ramai terhibur dan dapat dilihat kesungguhan Dato’ AC dalam menghiburkan tetamu yang hadir.

Video tersebut dirakamkan oleh seseorang yang menghargai hasil kerja Dato’ AC dalam menjadi pengacara. Turut ditulis ‘ Dato’ AC kalau kerja memang level A ‘. Hal ini membuatkan Dato’ AC berasa terharu dan mengucapkan terima kasih.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang memuji sikap profesional Dato’ AC dalam menjalankan tugas. Antara komen-komen yang diberikan :

” He’ s the best.. Professionalisim on point .. dia nie memang suka bul1 org terutama sekali aku hahaha.. “

” Masakkk bebudak tu… Woww Dac the best.. Legend emyliadac.. nak join gelek jugak.. terbaik dato ac mizal.. “

” Tokkkk mcm zamannnn 4u2c tokkk .. masih bergetah Dato no 1 champion .. tak sia sia minat tokkkkk Ac dedulu bergema takdir di hari raya bulan muliaaaa agitieeewww.. ” – Azza Elite

Video ini telah menerima lebih daripada 3 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik. Dato’ AC sememangnya berbakat bukan sahaja dalam dunia pengacaraan malah dalam nyanyian, lakonan dan juga pandai membuat lawak.

Siapa tidak terharu apabila hasil usaha kerja selama berpuluh tahun dihargai dan menerima pujian. Walaupun Dato’ AC semakin meningkat usia namun tetap bertenaga dalam menghiburkan ramai orang. Semoga terus berjaya diucapkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ AC Mizal, Emylia Rosnaida

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..