” Pandai Fatima tunjuk gaya Daddy Fattah bersilat, haha.. ” – Gallerymzdrama

Video Gelagat Anak Fazura, Nur Fatima Aisya Bersama Sepupunya, Nai’lah Yang Menghiburkan Ramai. Alahai Comelnya Suap Menyuap Makan. Part Fatima Ajuk Cara Daddy Bersilat Tu Comel Je, Awang Junior !!

Setiap hari ada sahaja telatah comel anak perempuan Fazura dan Fattah Amin bernama Nur Fatima Aisya yang mencuit hati peminat. Bakal berusia 2 tahun dalam beberapa bulan sahaja lagi, Fatima sememangnya seorang kanak-kanak yang aktif.

Mewarisi sikap peramah seperti Fazura, Fatima mudah mesra dengan semua orang. Meninjau akaun Instagram Gallerymzdrama, telah diulangsiar satu video daripada Instastory Fazura. Video ini memaparkan gelagat Fatima ketika bertemu adik sepupunya bernama Nai’lah.

Kelihatan Fatima dan Nai’lah sedang asyik makan bersama-sama. Nai’lah menyuapkan makanan tersebut ke mulut Fatima. Fatima pula apabila disuruh menyuapkan makanan tersebut kepada Nai’lah, lain pula yang dilakukan oleh si cilik ini.

Selepas itu pula, Fazura bertanya kepada Fatima bagaimana cara daddynya bersilat. Spontan Fatima menggerakkan tangannya ke hadapan. Alahai awang kecik seorang ni, boleh menuntut ilmu dengan daddy nanti.

Jom tonton video di bawah :

Usia seperti Fatima ini memang seronok untuk kita melihat telatahnya. Ada sahaja kelakuan Fatima dan percakapannya yang menghiburkan tidak hanya Fazura dan Fattah, malah semua yang memerhatikan Fatima pada ketika itu.

Ketika Fatima bersilat, mummy pun tergelak melihatnya. Semoga Fatima sentiasa dalam lindungan Allah, membesar menjadi anak yang berbakti tidak hanya kepada kedua ibu bapa malah kepada agama, bangsa dan negara.

Silakan SHARE..

Sumber : IG gallerymzdrama, IG Lovelyfatima

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..