” First time dengar Tokti nyanyi sumbang.. ” – TV3 Malaysia

Dato’ Seri Siti Nurhaliza Buat Kej0tan Menyanyi Secara Sumbang Di Episod Akhir I Can See Your Voice Malaysia Musim 5. Ad0i, Kelakarlah Tokti. Memang Sp0rting Habis !!

Pastinya anda tidak pernah mendengar suara penyanyi nombor satu negara iaitu Dato’ Seri Siti Nurhaliza menyanyi dalam keadaan suara yang sumbang. Namun buat kali pertamanya, Dato’ Seri Siti telah membuat kej0tan kepada semua dalam episod terakhir I Can See Your Voice Malaysia 5.

Meninjau ke akaun Instagram TV3 Malaysia, sedikit sedutan video Dato’ Seri Siti berduet bersama penyanyi pilihannya telah dikongsikan. Dato Seri Siti berduet bersama penyanyi nombor 6 dengan menyanyikan lagu berjudul ‘ Siapa tak mahu ‘.

Apa yang menarik ialah Dato’ Seri Siti berani menyahut cabaran Johan Raja Lawak untuk menyanyi secara sumbang. Wah, memang sporting habislah Tokti. Memang sumbang betul lagu tersebut dengan suara Dato’ Seri Siti yang begitu menghiburkan.

Malah pasangan duet pilihan Dato’ Seri Siti juga merupakan penyam4r bersuara sumbang. Ini menambahkan lagi rasa terhibur semua panel penyiasat dan juga pengacara. Nampaknya rezeki penyam4r tersebut memenangi wang berjumlah RM3000.

Jom tonton video di bawah (video penuh di hujung artikel) :

Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan sikap sporting Dato’ Seri Siti. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Dah agk da yg tokti akn nyanyi dgn penyam4r.. Alamak… Jangan ikut cakap Johan lepas ni… Lagu ni klo nyanyi dengan datin takdi mesti best.. “

” Tokti saje pilih penyam4r.. Sekurangnye dpt tlg org tu jgk.. Dpt. 3K.. tokti paling sporting dan paling baik.. “

” Hampeh tokti.. tergelak aku.. Comel tokti.. siap bole melawak jadi penyam4r.. terhibur aku tengok episod ni.. “

” Episode yang paling seronok kerana tok ti sungguh sporting walaupun rasanya dia tahu Peserta no 6 tu bukan penyanyi sebenar.. “

” Tokti dh tau no 5 tu penyanyi.. Tp die pilih no 6 ,sekurangnye dia bg rezeki 3k dekt penyam4r tu.. yang penting tokti sporting.. “

” Jumpa lagi di musim ke 6 icsyvm.. mantaplah bidadari syurgamu.. love idola.. gempak ohh.. aku gelak gelak tengok.. “

” Alahai tokti salah pilih pula.. semoga terus murah rezeki bantu orang tokti sayang.. tokti nak bagi rezeki pada peserta no 6.. “

Sangat tidak sangka bahawa Dato’ Seri Siti sanggup ‘ mer0sakkan’ lagunya sendiri dengan suaranya yang sumbang. Memang kelakarlah episod kali ini. Pastinya ramai berasa terhibur dengan persembahan Dato Seri Siti kali ini.

Tonton video penuh di bawah :

 

Silakan SHARE..

Sumber : IG dan Youtube TV3Malaysia, Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..