” Alhamdulillah rezeki, patutlah selalu pakai baju besar-besar.. ” – Netizen

Video Terbaru Adira Suhaimi Bersiar-Siar Bersama Anak-Anaknya, Namun Ada Sesuatu Yang Menarik Perhatian Peminat. Amboi Taj4m Sungguh Mata Peminat Yer. Patut Lah Semakin Berseri-Seri Muka Adira !!

Siapa tidak kenal dengan kehebatan suara bekas pelajar Akademi Fantasia, Adira Suhaimi. Kelunakan suaranya membuatkan Adira menjadi penyanyi kegemaran ramai pencinta seni dunia hiburan tanah air.

Meninjau akaun Instagram Adira Suhaimi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Adira bersama anak-anaknya, Anggrek, Asan dan Anggun. Bersiar-siar di sekitar ibu kota, penampilan Adira mencur1 perhatian peminat.

Adira menulis ringkas sahaja di kapsyennya memberitahu 3 orang ini adalah kesayangannya. Dalam video ini, kelihatan agak jelas penampakan baby bump Adira lebih-lebih lagi ketika pakaian Adira ditiup oleh angin.

Perkongsian ini telah pun mencatatkan lebih 21 ribu tanda suka daripada peminat sejak ianya dimuatnaik. Memang nampak berseri Adira, anak-anaknya juga semua berwajah comel. Nampaknya tidak lama lagi, bakal bertambahlah ahli keluarga Adira.

Jom tonton video perkongsian di bawah :

Antara komen-komen yang diberikan oleh peminat yang dapat dilihat pada ruangan komen. Adira juga turut membalas beberapa komen dengan emoji dan ucapan terima kasih :

” Berseri-serinya, dekat mana ni macam best je angin sepoi-sepoi bahasa. Comel lah baby bump yayang.. “

” Alhamdulillah berseri-seri muka Adira pregnant. Comelnya baby bump Adira, makin besar dah nampak.. “

” Wow baby bump, congrats Adira. Sukanya nak dapat anak lagi, dah lah semuanya comel-comel.. “

” Nampak perut dah comelnya. Baby bump tu jelas lah. Seketul lagi bakal keluar, hehe congrats Adira.. “

” Ada coming soon bah ni, comelnya lah perut tu. Nampak makin jelas baby bumpnya. Patutlah nampak 1 video dulu macam pregnant, rupanya betul.. “

” Comelnya mak buyung, Allah bless you Adira. Patutlah berseri-seri, ada baby bump. Putih betul Adira ni.. “

” Wah nombor 4 bakal keluar lah. Baby bump dah nampak, cantiknya Adira. Jumpa depan depan tadi putih gebu betul.. “

” Alhamdulillah rezeki anak lagi, patut larr selalu pakai baju besar-besar. Dah nampak jelas sangat baby bump tu.. “

Komen balas Adira yang dapat dilihat :

Sehingga kini, masih belum ada pengumuman secara rasmi daripada Adira tentang kehamilannya ini. Namun apa-apa pun, doa peminat yang baik-baik untuk Adira sentiasa mengiringinya. Semoga Adira bahagia selalu dan jaga diri.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Adira Suhaimi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..