” Alahai comel betul bunga. Betul kata Fasha macam muka Aisha.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Anak Elisya Sandha, Bunga Elhaq Raih Perhatian Peminat. Cantiknya Tema Serba Putih, Comel Sangat Rupa Penuh Bunga Ni. Iras Muka Anak Fasha !!

Hampir sebulan usia anak kepada pelakon Elisya Sandha dilahirkan iaitu Bunga Elhaq. Sebelum ini, Elisya hanya menunjukkan sebahagian sahaja wajah Bunga dan peminat terus menanti untuk melihat wajah penuh Bunga.

Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Elisya Sandha dan Bunga Elhaq, telah dikongsikan gambar-gambar sekitar majlis aqiqah dan cukur jambul Bunga. Mengambil keberkatan Aidiladha, majlis ini diadakan di kampung keluarga sebelah Uzair di Perak.

Bertemakan warna putih, majlis ini nampak meriah dengan dekorasi yang indah bunga-bungaan berwarna putih. Elisya, Uzair dan Bunga juga memakai busana berwarna putih. Penantian peminat untuk melihat Bunga akh1rnya tercapai dan wajah penuh Bunga dided4hkan secara rasminya.

Coret Elisya di kapsyennya, tahun 2022 adalah tahun peng0rbanan tidak sahaja untuk Elisya dan Uzair, malah semua ahli keluarga. Elisya turut men1nggalkan pesanan untuk Bunga agar dewasa kelak sentiasa sayang dan menghargai peng0rbanan semua orang.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Perkongsian oleh Elisya ini telahpun meraih perhatian daripada peminat. Pujian juga diberikan dan antara komen-komen peminat :

” Comelnya Bunga, totally muka daddy Uzair lah. Semoga Bunga Elhaq membesar dengan sihat, berjaya dunia akh1rat serta menjadi penyejuk hati ayah ibu.. “

” Comelnya, ikut muka ayah dia lah Bunga ni. Gambar nombor 3 tu cantik kalau buat frame.. “

” Masya Allah, cantiknya Bunga. Bunga muka daddy lah, bidadari kecil baby bunga sayang. Bunga comel, mommynya pun cantiknya pakai tudung.. “

” Comelnya Bunga Elhaq, dapat juga tengok muka penuh Bunga. Secantik mommynya, tapi ikut muka daddy.. “

” Comelnya Bunga, alhamdulillah. muka daddy cute je. Semoga Bunga Elhaq terus membersar menjadi anak yang sihat dan berjaya.. “

” Alahai comel betul bunga. Betul kata fasha mcm muka aisha. semoga membesar menjadi anak yang solehah dunia akhirat.. amin.. “

” Cantik dan cute nya Bunga. Iras muka daddy dia lah, comel. Muka Aisya anak Fasha pun ada. Cantik sungguh Baby Bunga.. “

” Mirip Aisya Amaira lah, boleh jadi kembar sepupu ni. Comel sangat lah awak ni Bunga. Semoga membesar dengan sihat Bunga.. “

Alhamdulillah selesai sudah majlis Aqiqah baby Bunga. Banyak doa-doa yang baik dikirimkan oleh peminat untuk Bunga. Semoga Bunga membesar dengan sihat selalu dan jadi anak yang solehah apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elisya Sandha, IG Bunga Elhaq

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..