” Bulu roma kita yang merem4ng tengok hadiah Qasha ni.. ” – Netizen

Video Uqasha Senrose Kongsi Hadiah Hari Lahir Pemberian Daripada Kamal Adli Raih Perhatian Peminat. Wah Bukan 1 Tapi 2 Lagi Hadiahnya, Harga Pun Bukan Biasa-Biasa Ni. Cute Je Pilihan Kamal Ni, Sesuai Sangat Dengan Qasha !!

Beberapa hari yang lalu, pemegang watak utama drama Setelah Terlafaznya Akad, Uqasha Senrose telahpun menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 30 tahun. Satu majlis istimewa anjuran keluarga Uqasha diadakan di pusat peranginan Genting Highland.

Meninjau akaun Instagram Uqasha Senrose, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Uqasha membuka hadiah daripada suaminya, Kamal. Memilih barangan jenama tersohor Gucci, hadiah Kamal ini membuatkan Uqasha terharu.

Coret Uqasha di kapsyennya, video ini bukan untuk menunjuk-nunjuk namun sebagai penghargaan buat Kamal kerana usahanya untuk menyediakan hadiah tersebut. Tidak hanya satu, tetapi dua hadiah istimewa Kamal untuk isteri tercinta.

Pada video pertama, kotak berisi hadiah berupa sandal berwarna merah jambu ditunjukkan. Comel sandalnya, nampak muka Uqasha begitu happy. Hadiah kedua pula, sebuah handbag berwarna biru dan tertera gambar kucing di hadapannya.

Jom tonton video di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat video seterusnya )

Sehingga kini, posting oleh Uqasha ini telahpun mendapat lebih 20 ribu likes daripada peminat. Antara komen-komen peminat :

” Ngaww sweet baa, dua-dua hadiah cantik. Betul la tu, hargai apa sahaja pemberian daripada husband.. “

” Ohh Lovely presents from hubby. Qasha yang dapat hadiah kita pulak rasa terharu. So sweet Kamal Adli ni. Haha comelnya kucing tu.. “

” Tak nampak pun macam Uqasha show off, tapi nampak dia hargai apa sahaja dari suami dia. Semoga bahagia hingga ke akh1r hayat.. “

” Bulu roma kita yang merem4ng tengok hadiah Qasha ni. Kamal Adli memang sweet, untung Qasha.. “

” Happy birthday kak Qasha, sayang betullah abang Kamal pada kak Qasha. Pandai abang Kamal pilih hadiah, so sweet semoga bahagia hingga syurga.. “

” Kita pulak senyum seorang tengok ni. Mesti kak qasha feeling cute nanti bila pakai sandal pinky dengan bag miow miow cucuk kuih tu haha.. “

” Comelnya beg dan sandal tu. Handbag ada gambar meoww haha, tak habis hihi happy tengok qasha bahagia.. “

Pandai Kamal pilih hadiah untuk Uqasha. Selepas ini, melaram lah Uqasha dengan sandal pink dan beg gambar kartunnya itu. Bak kata peminat, feeling cutelah Uqasha nanti. Apa-apa pun, happy belated birthday Uqasha dan semoga gembira selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Uqasha Senrose

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..