” Pandainya Cik Yam berenang, kalau acik ni tenggel4m dah sayang oiii.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak Fizo Omar, Wan Maryam Yang Lincah Berenang Raih Perhatian Peminat. Wah Pandai Sangat Cik Yam Berenang Rupanya, Siap Kuak Lentang Lagi. Last Tu Paling Sweet Dengan Umi Dia, Fazeera !!

Wan Maryam atau Cik Yam anak sulung kepada Fizo Omar memang dikenali ramai peminat. Mewarisi wajah Fizo, Maryam juga petah bercakap dan tak l0ket dengan senyuman. Ada sahaja aktiviti yang dilakukan oleh Maryam apabila bersama Fizo.

Meninjau akaun Instagram Fizo Omar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan telatah Maryam ketika sedang mandi di sebuah kolam renang. Siapa sangka si cilik ini cukup pandai berenang dan baru kali ini Fizo menunjukkan kehebatan anaknya ini.

Nampak seronok berada di dalam air, laju sahaja kaki dan tangan Maryam bergerak. Kelihatan uminya, Fazeera sedang menanti di tepi kolam dan Maryam berenang ke arah Fazeera. Melihat Fazeera menghulurkan tangan, disangkakan oleh peminat Maryam ingin naik ke atas.

Rupa-rupanya, Maryam cuma ingin bersalam dengan uminya ini. Alahai sweetnya Maryam, sayang betul Maryam pada Fazeera. Maryam sememangnya anak yang sopan santun dan pandai menghormati orang tuanya.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Fizo ini telahpun meraih pelbagai respon daripada peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Hebatnya Cik Yam, cute je Cikyam pandai berenang lagi. Sweetnya cik yam salam dengan umi nya tu.. Anak yang penyayang cik yam ni.. ‘

” Masya Allah hebatlah cik yam, acik yang dah besar ni pun, main air tepi-tepi kolam je. Janji kaki jejak dalam air haha.. “

” Pandainya Maryam swimming, ingat nak naik rupanya nak c1um tangan umi ye Maryam.. “

” Baiknya cik yam hormat umi. Comel sangat part last tu. Suka tengok Maryam yang lembut hatinya ni.. “

” Pandai dan berani, hebatnya cik yam. Terror lah cikyam berenang, dah jadi kakak ni makin bijak Maryam.. “

” Pandainya CIk Yam berenang, kagum tengok. Kalau acik ni tenggel4m dah sayang oiii.. “

” Gaya cik yam ni berulang kali tengok, pandai sangat dia swimming. Suka tengok cara Maryam hormat Fazeera, cute salam camtu.. “

Suka peminat melihat Maryam berenang dengan baik sebegini. Anak daddy yang hebat, kuak lentang pun hebat Maryam. Apa-apa pun, semoga Maryam membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fizo OmarĀ 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..