” Mesti kawan-kawan tak sangka kan dalam buku tu daddy Bella.. ” – Netizen

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Kongsi Reaksi Anaknya, Bella Setelah Membaca Buku Sekolah Yang Mengisahkan Dirinya Bergelar Angkasawan. Wahh Siapa Tak Bangga Kan, Bapa Angkasawan Negara Yang Pertama !!

Bagi yang mengikuti tokoh Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Negara pasti tahu dirinya sering berkongsi perkembangan keluarganya di Instagram. Boleh dikatakan setiap perkongsian oleh Dr Sheikh Muszaphar selalu mendapat perhatian warganet.

Terbaru, Dr Sheikh Muszaphar telah berkongsi satu video dan kisah mengenai anak sulungnya, Bella. Tulis Dr Sheikh Muszaphar, Bella begitu berbangga setelah membaca berkenaan kisah daddy nya seorang Angkasawan yang terpampang dalam buku teks Sejarah tahun 5 .

Tulis Dr Sheikh Muszaphar lagi, setelah pulang dari sekolah, Bella terus memel0k dan menyatakan ramai kawan-kawannya bertanya pelbagai soalan berkenaan dirinya. Di akhir penulisan Dr Sheikh Muszaphar, Dr Sheikh Muszpahar berharap semoga anak-anaknya akan lebih berjaya daripadanya nanti.

Hingga kini, posting tersebut telah mendapat 19 ribu tanda suka sejak dimuatnaik ke akaun Instagram. Wah jelas terlihat Bella dalam video itu begitu tekun membaca kisah bapanya yang bergelar Angkasawan Negara yang pertama.

Ikuti perkongsian di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian oleh Dr Sheikh Muszaphar dan pelbgai respon positif telah diberikan. Antara komen-komen warganet adalah :

” Bayangkan tgh belajar sejarah tetiba cikgu story psl tokoh sorg ni, pastu tokoh tu ehh mcm bap4k aku lah. Weeehhhhh.. “

” Mesti kawan-kawan tak sangka kan dalam buku tu daddy Bella. Saya pun berharap anak2 saya akan lebih berjaya daripada saya nanti.. “

” Impian setiap ibu bapa, suka baca setiap coretan Dr, sangat memberikan inspirasi buat ibu bapa mendidik anak2 dengan baik.. “

”  Morning Dr, have a beautiful day n may you always successful with your business and your career n may Allah swt always bless you and your family life journey until jannah.. “

”  Jangan kata Bella je, kita semua rakyat Malaysia pun tumpang bangga tau dengan Dr. Dah besar Bella, smga mnjadi ank kebanggaan mami dn dady, brjya dunia dn akhirt.. “

” Mesti kawan2 tanya, daddy awak angkasawan betul ke.Haha. Pastu macam2 lah tanya smpai Bella pun tak tahu nk jawab, hehe terus Bella pun balik tanya Daddy.. “

” Tba2 teringat dulu siap tunggu depan tv nak tengok perkembangan Dr Sheikh. Pastu masa Dr mendarat pulang, woww satu sejarah yang tak akan dilupakan.. “

Bukan main happy tengok reaksi Bella dalam video. Apa-apa pun, semoga segala urusan Dr Sheikh Muszaphar sekeluarga akan dipermudahkan dan berjaya dalam apa yang dilakukan serta sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..