” Kita yang tengok pula rasa seb4k, kasih seorang ayah.. ” -Netizen

Video Dan Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Vanidah Imran Dan Arifabillah. Wah, Sama Cantik Dan Sama Padan. Part Video Vanidah Bersama Bapanya Buat Ramai Seb4k !!

Hari ini, pelakon Vanidah Imran telah pun melangsungkan perkahwinannya bersama seorang jurutera yang dikenali sebagai Arifabillah Idris. Kira-kira jam 12.12 tengah hari tadi Vanidah telah pun selamat bergelar isteri dengan sekali lafaz sahaja.

Meninjau ke akaun Instagram Jaydeesm, beberapa gambar dan juga video sekitar majlis perkahwinan Vanidah dan suami telah pun dikongsikan. Antaranya ialah video ketika akad nikah dijalankan dan juga video persandingan.

Vanidah menerima mas kahwin berbentuk seutas rantai emas dan masing-masing berbalas dua dulang hantaran namun jumlah wang hantaran dirahsiakan. Majlis diadakan di sebuah premos di Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Pasangan pengantin mengenakan busana pengantin berwarna krim dan penampilan Vanidah pada majlis tersebut sangat cantik dan berseri-seri. Vanidah tetap cantik seperti dahulu dan tidak dim4mah usia.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Antara gambar pasangan pengantin :

( Klik butang KANAN untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian ini dihuj4ni dengan ucapan tahniah buat pasangan pengantin. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Congratulations kak vee. Suka sngat tngok akk berlakon dri saya kecik dulu muka tAK pernah tua wuooo still maintain. Awet muda gituww.. “

” So beautiful.. Kita yg tgk plak rasa sebak.. Haishh.. Sape pot0ng bawang ni.. Tahniah babe smoga kekal ke jannah.. “

” Congrats sis Vee… cantik sangat. Seb4k jugak ehh tengok.. kasih ayah kepada anak perempuan .. Tahniah.. bagai pinang dibelah dua.. “

” Kak vanidah ni mmg naturally lawaaaa. perempuan melayu terakhir sgt.. Penah tengok vanida ni dedepan Cantik bethol.. “

” Wey kenapa i nangis Selamat berbahagia kakak vanidah_imran sama anniversary kite.. Happy for both of u kak Vee vanidah_imran…. Semoga sampai jannah.. “

” Semuga kedua pengantin baru ini kekal bahagia ke syurga.. amin.. slmt pengantin baru vanidah imran n arif.. Tahniah orgnya cantik dr dulu hingga kini.. “

” Cantik nyaaaaaaa vanidah_imran semoga bahagia sampai ke syurga.. No matter how old we age, we’re still our dad’s little princess.. “

Sama cantik dan sama padan Vanidah dan suami. Tahniah diucapkan kepada Vanidah Imran dan suami. Semoga bahtera perkahwinan yang dibina pada kali ini berkekalan hingga ke jannah dan berbahagia selalu. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jaydeesm

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..