” Aafiyah, ini bukan kedai biasa-biasa sayang. Kalau jat0h, ibu kena beli.. ” – DS Siti Nurhaliza

Video Gelagat Anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah Mencuba Kasut Di Butik Terkenal Di Kota London. Amboi Aafiyah, Satu-Satu Kasut Dia Cuba. Kasut Mahal Tu Aafiyah, Nerv0us Dato’ Siti, Hehe. Best Lah Dengar Aafiyah Speaking, Cair Betul !!

Penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza kini sedang bercuti bersama suami dan anak-anaknya di kota London. Pelbagai video dikongsikan oleh Dato’ Siti di Instastory miliknya yang memaparkan gelagat Aafiyah dan Afwa.

Meninjau akaun Instagram Berita Kopak, telah dikongsikan salah satu video yang memaparkan gelagat Aafiyah ketika berada di sebuah butik terkenal. Aafiyah yang petah bercakap dan aktif ini kelihatan mencuba kasut yang ada di situ.

Melihat anaknya sebegitu, Dato’ Siti mengingatkan Aafiyah yang kasut di situ bukan biasa-biasa dan mahal harganya. Seperti biasa, lembut sahaja jawapan Aafiyah buat ibunya ini. Bercakap dalam bahasa Inggeris, lancar sahaja Aafiyah speaking.

Aafiyah mengatakan dia hanya ingin mencuba sahaja kasut yang ada, menarik juga kasut yang dipilih oleh Aafiyah. Kecil-kecil sudah ada taste nya sendiri Aafiyah ini. Sudah besar nanti, mesti Aafiyah pandai bergaya macam ibu.

Jom tonton video di bawah :

Comel bila dengar Aafiyah speaking, lancar dan jelas sebutannya. Manalah Dato’ Siti tidak cu4k, bukan murah harga kasut di butik ini. Mencecah ribuan ringgit harganya, sebab itulah Dato’ Siti meminta Aafiyah berhati-hati.

Apa-apa pun, semoga Aafiyah menikmati percutian indah bersama kedua ibu bapa dan adiknya. Bukan selalu dapat bercuti kerana kekangan masa dan jadual kerja Dato’ Siti yang sangat padat. Semoga banyak kenangan manis dicipta buat si cantik manis ini sepanjang percutian.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Berita Kopak, IG Ctdk, Tik T0k Si Dagu Lekuk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..