” Wow, awal-awal dah pecut. Jauh tu mommy semua lari.. ” – Netizen

Video Fasha Sandha Berlumba Lari Di Acara Sukan Raih Perhatian Peminat. Wah Hebat Betul Stamina Fasha. Awal-Awal Dah Nampak Memang Boleh Menang. Mesti Atlet Masa Sekolah Dulu Ni !!

Meninjau ke akaun Instagram Fasha Sandha, perkongsian terbaru yang dikongsikan telah meraih perhatian ramai. Fasha telah memuatnaik video ketika Fasha terlibat dalam acara lumba lari yang berlangsung di sekolah anaknya.

Acara lumba lari tersebut adalah acara khas untuk ibu bapa. Fasha tidak melepaskan peluang untuk menyertainya kerana kali terakhir Fasha menyertai acara lumba lari pastinya sudah sekian lamanya. Walaupun pada awalnya agak nerv0us namun Fasha berjaya sehingga ke garisan penamat.

Paling tidak disangkakan ialah Fasha berjaya mendapat tempat kedua. Wah, hebat betul mommy Aisha ni, masih bertenaga walaupun sudah lama tidak berlari. Larian tersebut juga nampaknya agak jauh.

Sehingga kini, perkongsian Fasha telah menerima lebih daripada 18 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik. Di ruangan komen, rakan-rakan Fasha menyatakan Fasha sememangnya dahulu merupakan atlet sekolah.

Jom tonton video di bawah :

Ramai yang memuji Fasha yang masih mempunyai stamina yang kuat untuk berlari laju. Antara komen-komen yang diberikan :

” Best betul moment ni.Yang penting semangat lari sampai ke garisan penamat. Good job sayang. Proud of you.. awal-awal dah pecut.. jauh tu mommy semua lari.. “

” Apoooo Ni dh baguss benoo. No.2 kot kak  memula baca caption igt kan oo blkng blkng pastu tgk video ehhhh caption rendah diri betul ni .. “

” Ulang-ulang kita tgk video ni.. ibukan atlet sekolah dulu.. Power dh no 2 cop mummy no 1 tu tkde pun dr garisan mula knp dia menang no 1 ?? “

” Bergaya ibu lumba lari pon.. know2 je dh sampai garisan penamat… terbaiklah.. walaupun no 2.. hehe.. repeat2 kte tgok biar awk makin penat.. “

” Wahhh… ibu masih p0wer.. klau mama nana ni numb 1 dari belakang.. Cara lari dh boleh tau menang kak fashasandha sbb lari style mendongak cmtu mmg.. “

” Tringat time zman atlet dekat skolah dulu.. tapi u da ade anak still energy power lagi.. Kalau saya dah tert0nggeng tengah padang.. “

” Abang itsaidilaziz support wife dengan sorakkan tu yang buat lagi laju smpai ke garisan penamat husband and wife ohsem.. “

Tahniah Fasha kerana berjaya mendapat tempat kedua dalam acara lumba lari tersebut. Bukan sesuatu yang mudah untuk memecut dan berlari dengan laju dalam keadaan usia yang semakin meningkat. Terbaik Fasha.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..