” So beautiful CP Khaleeda dan TMJ. Pasangan diraja yang sangat sweet dan bahagia.. ” – Netizen

YAM Che Puan Khaleeda Kongsi Gambar-Gambar Dan Ucapan Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Suaminya, DYAM Tunku Ismail. Sweetnya Ucapan CP Khaleeda, Gambar Last Tu Paling Win. Comel Je TMJ !!

Hari ini merupakan hari ulang tahun keputeraan DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim. Tunku Ismail atau lebih dikenali warganet sebagai TMJ memiliki keperibadian yang bagus dan ketegasannya sering mendapat pujian ramai.

Meninjau akaun Instagram YAM Che Puan Khaleeda, telah dikongsikan beberapa keping gambar thr0wback yang memaparkan Tunku Ismail bersama CP Khaleeda dan anakanda-anakanda. Di ruangan kapsyen, CP Khaleeda turut mencoretkan ucapan istimewa untuk Tunku Ismail.

Mendoakan agar Tunku Ismail sentiasa dalam rahmat Allah, CP Khaleeda juga berharap Tunku Ismail sentiasa gembira dan dikurniakan kesihatan yang baik. Ucapan terima kasih juga dititipkan buat Tunku Ismail kerana menjadi babah yang terbaik untuk anak-anak dan suami terbaik buat dirinya.

Melihat dari gambar-gambar yang disertakan, terserlah sifat penyayang Tunku Ismail. Pandai melayani anak-anak, di sebalik ketegasannya ada kasih sayang yang mendalam untuk keluarga tersayang. Beruntung CP Khaleeda berjodohan dengan Tunku Ismail.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Perkongsian oleh CP Khaleeda ini mendapat perhatian warganet yang lain dan ucapan selamat ulangtahun keputeraan juga diucapkan untuk Tunku Ismail. Antara komen-komen :

” Happy birthday to TMJ from us. Congrats and be happy always good looking handsome prince.. “

” Happy birthday Tuanku, the last photo so cute. May Allah SWT bless you with all the goodness in life.. “

” Selamat ulangtahun keputeraan Tunku Ismail. May you be blessed with good health, wealth & unconditional love always. Aamiin.. “

” Happy Birthday Tunku. Happy day too to Che Puan. Semoga sentiasa dirahmati Allah dan diberikan segala yang terbaik.. “

” Selamat Ulang Tahun TUANKU, semoga bahagia selalu di samping keluarga tersyang . Anak sy sama tarikh lahir lah dengan Tuanku.. “

” Happy birthday legend in Johor, beautiful couple masya Allah. Bless you both and many more years together Insha Allah.. “

” So beautiful CP Khaleeda dan TMJ. Pasangan diraja yang sangat sweet dan bahagia apabila dilihat. Selamat ulangtahun kelahiran tuanku.. “

Selamat ulangtahun keputeraan juga dari kami di Berita Kopak untuk Tunku Ismail. Semoga bertambahnya usia, Tuanku dikurniakan oleh Allah kesihatan yang baik dan dapat mentadbir negeri Johor dengan baik dan semoga maju jaya selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG YAM Che Puan Khaleeda

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..