” Comelnya, semoga Kamal dan Uqasha cepat-cepat dapat baby.. ” – Netizen

Video Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Mendukung Bayi Raih Perhatian Peminat. Comel Kamal Dukung Baby Tu, Uqasha Pulak Nampak Ger4m Betul Dengan Baby Tu !!

Diam-diam bercinta dari lokasi Setelah dramaTerlafaznya Akad, diam-diam juga pasangan sejoli Kamal Adli dan Uqasha menyimpan privasi hari bahagia mereka saat diijab kabul sebagai suami isteri pada 5 November tahun lalu. Bahkan berita perkahwinan mereka telah mengej0tkan para peminat.

Sudah beberapa bulan bergelar suami isteri, ada sahaja perkongsian perkembangan mereka yang menjadi perhatian peminat-peminat di media sosial. Terbaru, menerusi akaun Instagram milik fans pasangan ini telah berkongsi video yang memaparkan Kamal dan Uqasha sedang mendukung seorang bayi di sebuah majlis.

Pada awal video, dilihat Kamal mendukung seorang bayi yang difahamkan bayi tersebut adalah anak kenalan Kamal dan Uqasha. Pelbagai gaya telah dilakukan Kamal ketika mendukung bayi hinggakan kedengaran rakan-rakan yang lain pun terhibur ketawa.

Manakala ketika Uqasha mendukung pula, Uqasha seolah begitu ger4m melihat kecomelan si kecil itu. Perkongsian ini sekali lagi telah menarik perhatian para peminat Uqasha dan Kamal. Hingga kini video Kamal dan Uqasha mendukung bayi telah ditonton lebih 6 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, selain menyukai cara pasangan ini mendukung bayi, ada yang mendoakan semoga Kamal dan Uqasha akan diberikan cahaya mata yang comel tidak lama lagi. Antara komen-komen menarik :

”  Comelnya, semoga Kamal dan Uqasha cepat-cepat dapat baby. Kelakar dengar Kamal bebel sambil dukung baby tu.. “

” Nampak Uqasha penuh sifat keibuan lah, semoga nanti pasangan ini akan dapat zuriat yang comel2, amin.. “

” Tengok tengok, si baby tu pun nyenyak betul tidur dah macam2 dibuat Kamal. Hehhee suka tengok perang4i comel Kamal dan Uqasha.. “

Sempat lagi Kamal ber1eter, bayi tu cool je tidur. Tapi nampak Kamal dan Uqasha langsung tak kekok dukung bayi. Semoga tak lama lagi Kamal dan Uqasha juga akan dikurniakan cahaya mata, kita doakan yang baik-baik buat pasangan ini yer.

Imbas kembali saat pasangan ini telah bergelar suami isteri, Kamal dan Uqasha memilih Tanah Suci untuk tempat berbulan madu sambil mengerjakan umrah. Apa-apa pun, semoga kebahagiaan rumah tangga Kamal dan Uqasha akan terus kekal hingga ke syurga, amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG kamalxuqashafanclub, uqashasenrose2

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..