” Lama tak nampak, anak-anak pun dah besar.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Pelakon Popular Sitkom Spanar Jaya, Sharifah Sofia Bersama Anak-Anaknya Raih Perhatian Warganet. Lama Tak Nampak Sofia, Masih Maintain Macam Dulu Lah. Anak-Anak Pun Cantik Macam Ibu Mereka !!

Bagi yang pernah menonton sitkom popular dahulu iaitu Spanar Jaya pasti mengenali pelakon yang berwajah cantik iaitu Sharifah Sofia. Bahkan pada ketika itu, Sofia baru berusia 15 tahun dan telah popular dan menjadi perbualan ramai.

Selain sitkom Spanar Jaya, Sofia juga turut membintangi drama popular Nur Kasih dan Gol & Gincu. Namun pemilik nama penuh Sharifah Sofia Syed Adney ini sekarang kurang aktif dalam bidang lakonan dan lebih aktif menjadi aktivis kehidupan l1ar dan alam sekitar.

Meninjau di akaun Instagram Sofia ada berkongsi beberapa gambar terbaru bersama dua orang anak perempuannya iaitu Sharifah Ariana dan Sharifah Ameera. Untuk rekod, kedua anak ini adalah hasil perkongsian hidup Sofia bersama bekas suaminya, Syed Ismail.

Menerusi posting lain, Sofia juga berkongsi gambarnya ketika berlakon menerusi drama Sc4mmer 2 beberapa bulan lalu dan memaparkan Sofia membuat ‘comeback’ di kaca televisyen. Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang memuji penampilan Sofia masih cantik meskipun tampil ringkas. Antara komen-komen menarik adalah :

” Lama tak nampak, anak-anak pun dah besar. Saya perminat akk dri dlu Spanar Jaya hari2 tgok tau.. “

” Tak pernah tak cantik. Simple je pakai tetap nampak cantik dan anggun lah Sofia, macam dulu2. Tiba2 rindu drama Spanar Jaya.. “

” Maintain looking flawless lah walaupun berumur 37 tahun, wajah tu tak makan usia sangat, hehehe nak happy je life Sofia sekarang.. “

” Anak-anak pun cantik macam mummy dia. Dah besar anak-anak kan, lama betul tak tengok Sofia berlakon.. “

” Wah nampak so young. U girls look awesome. Beautiful as always. Semoga Sharifah Sofia sentiasa bahagia bersama anak-anak.. “

” Missing ur acting in p1sau cuk0r, dah kurus kan sekarang mungkin sebab banyak buat aktiviti, cantik sangat.. “

” Simple n sweet. Sekali tengok baru perasan Siti Saleha ada iras wajah Sharifah Sofia lah, dua2 nampak cantik.. “

Masih cantik dan manis seperti dahulu. Sememangnya ramai yang merindui lakonan Sofia. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap semoga Sharifah Sofia akan terus berjaya dalam bidang yang diceburinya dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sharifah Sofia

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..