” Bersih dan indahnya rumah Black. Deco simple, inspired betul ni.. ” – Netizen

Black Hanifah Kongsi Video House Tour Buat Ramai Peminat Terpegun. Bukan Setakat Cantik Susun Aturnya Tapi Nampak Bersih Sangat. Lantai Licin Berkilat, Sedap Mata Memandang !!

Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Black Hanifah ada berkongsikan video rumah barunya. Ketika itu, dalaman rumah masih belum lagi terisi dengan perabot. Lanskap luar rumah Black pada waktu itu membuatkan peminat suka melihatnya.

Meninjau akaun Instagram Black Hanifah, telah dikongsikan satu lagi video baru yang memaparkan suasana dalaman rumahnya itu. Dengan kapsyen tertulis ‘ rumah bersih mencerminkan keperibadian seseorang’ , Black turut mengajak semua orang untuk sama sama memupuk nilai kebersihan dalam diri masing-masing.

Bermula dari ruang tamu, membawa ke ruangan dapur serta tempat makan, rumah Black memang nampak tersusun. Segenap ruang diatur dengan cukup kemas dan apa yang lebih utama, bersih seperti mana yang Black katakan.

Lantainya juga kelihatan licin dan kata peminat, tidak kelihatan habuk kasar yang dapat dilihat dengan pandangan mata. Pandai Black dan isteri menjaga kebersihan rumah mereka. Rumah idaman ramai orang ni Black.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Black ini telah pun mendapat perhatian daripada peminat dan sehingga kini hampir 15 ribu likes dicatatkan. Antara komen-komen peminat :

” Pandai abang Hanifah kemas rumah hehe. Fuh tumpang tidoq 1 malam boleh kaaa.. Lawa rumah hang bro.. “

” Well said, ada anak kecik jangan jadikan alasan untuk rumah cantik dan bersih. Ini contoh sudah ada. memang kemas lah.. “

” Bersih dan indahnya rumah Black. Dapur pun kemas dan bersih, sukanya tengok. cantik rumah sedap mata memandang, moga bahagia hingga jannah rumahtangga.. “

” Alhamdulillah cantiknya rumah hang black. bersih Dan kemas, tenang Jiwa dduk rmh mcm ni bersih sebersih hati kalian… insyaAllah. semua ni Rezeki dri AllAh… syukur alhamdulillah.. “

” Betul tu kebersihan lambang keperibadian, lawa rumah ampa Black. Nice vibes, bersih. beautiful house, beautiful family.. “

” Cantik sangat, sedap mata memandang. Bersih dan kemas. Rumah black dr yg teres dulu mmg dh kemas sgt2. Isteri pengemas, jangkit dgn anaknya pn jd pengemas. Dapur dulu semp1t pun dia susun atur bg kemas.. “

” Sedap mata memandang, cantik. Bersih betul rumah, licin berkilat weh lantai. Habuk tak nampak langsung ni. Syoknya, inspired betul ni.. “

” Cantik mahligai Black sekeluarga, rezeki dapat rumah cantik kan. Deco simple je tapi sedap mata memandang, tenang jiwa.. “

Alhamdulillah, untung Black ada kediaman yang besar dan cantik seperti ini. Betul kata Black, bersih mencerminkan keperibadian diri. Tambahan lagi, kebersihan itu kan sebahagian dari iman. Terima kasih Black untuk perkongsian ini dan boleh lah peminat jadikan inspirasi untuk rumah masing-masing.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Black Hanifah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..