” Sukanya dia, kita pun tersenyum-senyum tengok.. ” – Netizen

Video Gelagat Rina Ketawa Apabila Digeletek Oleh Bapanya, Ryzal Ibrahim Raih Perhatian Peminat. Alahai Comel Betul Rina Ni. Suka Senyum, Suka Pula Ketawa !!

Umum mengenali Rina iaitu anak kepada pasangan Malaysia dan Korea, Nik Muhammad Ryzal dan Maryam You Narae yang sememangnya sering menjadi perhatian di media sosial. Belum lagi berusia setahun, namun Rina sudah mempunyai lebih 100 ribu pengikut di Instagram.

Meninjau ke akaun duriankimchi junior, video terbaru Rina yang dikongsikan telah meraih perhatian ramai. Baru 2 hari dikongsikan, video ini sudah menerima lebih daripada 6 ribu tanda suka. Video berdurasi beberapa saat ini memaparkan gelagat Rina apabila digeletek oleh bapanya.

Rina dilihat ketawa dengan begitu girang dan gelagatnya ini bukan sahaja menghiburkan malah membuatkan ramai ger4m dengan wajah comelnya. Ramai menyatakan Rina persis bapanya namun memiliki rupa paras Korea seperti ibunya.

Rina sememangnya seorang bayi yang mudah tersenyum. Jika dilihat sama ada gambar atau pun video yang dikongsikan pasti wajah Rina sentiasa manis dengan senyuman terukir. Alahai, siapa tidak cair kan melihat wajah si comel.

Jom tonton video di bawah :

Gambar terbaru Rina :

( Klik butang KANAN untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Terkej0t dengar suara rina video awal tu.. hai, rina.. comelnya dia.. Ger4m tengok jari rina.. macam nugget.. “

” Comel sangat… Rasa nak kunyah2 pipi si rina ni.. ger4m comel sangat-sangat.. Why you so cute little baby .. “

” Cuteness overloadddd We need more video of Rina.. Macam anak jepun pon ada muka.. comey sangat.. “

” Suka nya dia… Kita pun tersenyum2 tengok.. muka daddy dia sgt tp versi korea.. Comey sgt rina.. Ger4m aunty.. “

” Cute rina. Bby ceria yg mudah terhibur.. Geli Rina la dady.. Masha Allah ini anak ger4m betul , cerdik sentiasa riang cute sangat.. “

” So cute, sukanya dia.. Hari2 mesti nak tgk dia niii. Baik baby rina ni.. murah senyuman, gelak tawa.. “

” Alaaaa… anty ger4mm laa nga mek korea + klate nihh.. Harap2 selalu tgk bby rina terkenan laa nanti .. “

Selain rupa paras Rina yang comel, Maryam juga gemar menggayakan Rina dengan pelbagai fesyen pakaian bayi. Jika anda mengikuti akaun Instagram Rina, pastinya ger4m melihat Rina dengan pakaian yang dipakainya. Semoga Rina membesar menjadi anak yang baik dan solehah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Durian Kimchi Junior

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..