” Terkej0t kami tengok suami Faezah, hampir tak kenal.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Terbaru Faezah Elai Dan Suaminya, Heykal Hanifah Raih Perhatian Peminat. Wah Heykal Dah Kurus Sekarang, Nampak Berbeza Betul. Tahniah !!

Meninjau akaun Instagram pelakon Faezah Elai, telah dikongsikan beberapa buah posting yang memaparkan gambar-gambar Faezah bersama suaminya, pengarah Heykal Hanifah. Pasangan ini yang menghadiri majlis pernikahan sepupu mereka di Pulau Pinang.

Faezah nampak cantik berbaju kurung moden manakala Heykal pula segak dalam baju melayu lengkap bersampin serta bersongkok. Sedondon warnanya busana pasangan ini berwarna ungu. Faezah seperti biasa, kapsyennya santai dan semp0i sahaja dalam loghat Penang.

Apa yang menarik perhatian peminat adalah penampilan terkini Heykal. Sudah kelihatan kurus, wajah Heykal nyata berbeza ketika dirinya sedikit berisi sebelum ini. Ini membuatkan segelintir peminat hampir tidak mengenali Heykal yang berada di sebelah Faezah dan menyangka Heykal itu orang lain.

Rata-rata peminat terkej0t melihat perubahan Heykal ini. Wah nampaknya usaha Heykal untuk kurus telah berjaya. Selain kurus, barulah kesihatan terjaga iye tak. Nampak makin seiras pula wajah Faezah dan Heykal apabila sudah kurus.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Perkongsian oleh Faezah ini telahpun mendapat perhatian dan lebih 16 ribu tanda suka direkodkan sehingga kini. Antara komen-komen peminat :

” Ya Allah lain sguh suami hangpa faezahelai .. kami ni renung la dekat-dekat.. mujuq tak komen nikah baru ka.. minta maaf na melawak. Segak sguh heykalhanifah la ni.. “

” Tergelak baca caption sis..btw 1st picture tu terkjut cheq ingatkan tgn sapa hangpa pgg, lain nmpk sb hsband dh kurus ye.. “

” Kurus betul tuan direktor tuu. tak kenai dah laki depa slim na. Hangpa macam pngantin baru.. “

” Serius la abg tu kurus betul da dia… serius nmpk lain..nampak makin sama muka hampa dua bila kuruih lagu ni. moga kekal bahagia bersama.. “

” Comel. Hampir tak kenal husband Faezah. Kacak bergaya sekarang tuan direktor kita. Macho gitu.. “

” Wahhh kurus banyak husband you. Slim betul tuan director, Macam totally different person.. beautiful couple.. “

” Heykal dah slim betul ya, tak kenal saya jadinya. Dua kali tengok baru cam, lain betul. Impressive dengan achievement Heykal.. “

” Terkej0t kami tengok suami faezah elai , ingtkan kawan tadi… tgk btoi2,bru perasan tu En suami Faezah.. Kami siap google kot Faezah ada laki baru ka, lain sungguh segakk.. “

Bertambah macho dan tampan Heykal dengan penampilan terbarunya ini. Semoga pasangan ini sentiasa dikurniakan Allah kesihatan yang baik dan rumahtangga yang bahagia sehingga ke akhir usia.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Faezah Elai, IG Heykal Hanifah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..