” Comel Haider senyum sambil gelak tu, ger4mnya.. ” – Netizen

Elly Mazlein Kongsi Video Terbaru Anaknya, Haider Mateen Yang Kini Sudah Berusia 7 Bulan. Alahai Dah Pandai Ketawa, Comel Sangat Suara Dengan Senyuman Tu. Manis Macam Papanya Sangat !!

Kebahagiaan Elly Mazlein bersama suaminya, Cikgu Azlan dan anak-anak mereka, Putri Sara Sefhia dan Haider Mateen menyenangkan hati peminat. Lahirnya Haider menambahkan lagi keceriaan dan kemeriahan keluarga kecil Elly ini.

Meninjau akaun Instagram Elly Mazlein, telah dikongsikan satu video terbaru Haider yang memaparkan gelagat Haider yang kini sudah pun genap 7 bulan. Sekejap rasanya masa berlalu seperti baru sahaja Elly mengkhabarkan berita kelahiran Haider.

Seperti selalu, Haider akan dipakaikan baju romper berwarna putih tertulis nama kelab bola tersohor, Machester United ( MU ). Setiap bulan sama saja, cuma yang membezakannya adalah usia Haider yang telah dicetak di atas baju tersebut.

Videonya pendek sahaja namun peminat disajikan dengan suara Haider ketawa dan dapat melihat senyuman Haider yang menawan. Melihat pada bentuk mulut Haider, ramai peminat yang mengatakan Haider seperti Cikgu Azlan.

Jom tonton video di bawah :

Sejak posting ini dimuatnaik, ianya telahpun mencatatkan lebih 15 ribu tanda suka daripada peminat. Ramai yang mengatakan Haider nampak seperti Cikgu Azlan, lagi-lagi part senyumannya. Antara komen-komen peminat :

” Dari gaya senyum, macam Cikgu azlan. Mulut macam cikgu lah. Mesti ikut muka daddy ni tgk bibir da tahu ni.. “

” Macam Cikgu Azlan comel laa Haider. Senyuman dia macam Papa dia sangat.. anak papa la dek.. “

” Alaa laaaa… segaknya awang kelate terrr.. nampak tang mulut tu sebiji ikut mulut cikgu terrr.. “

” Alaaaaa muka papa awan nano… dri mulut dagu tu nampak tiru sgt dh… Smoga sihat slalu haider.. “

” Nampak cm cikgu junior laaa.. Haider. Cutenye haider like father like son ni, handsome boy.. “

” Dah pandai tendang2 dah . macam mulut papa dia. Masa ni gelak je.. tak lucu pon dia gelak je. indah dunia baby ni.. sambil tido pon boleh gelak2.. “

” Nmpak gaya handsome like papa nih… Habis laa nanti jadi hero pujaan gadis-gadis.. Comel Haider senyum sambil gelak tu, ger4mm nya.. “

Makin riuhlah rumah Elly dengan suara riang hero kecil ini. Senyuman manis macam papa, tentu segak macam papanya juga apabila dewasa kelak. Apa-apa pun, membesar dengan sihat selalu Haider dan jadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elly Mazlein

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..