” Makin cantik bila berhijab. Dah macam kembar dengan Fazura.. ” – Netizen

Video Fazura Bertemu Mulan Jameela Raih Perhatian Peminat. Makin Ayu Dan Manis Kedua-duanya Sejak Berhijab. Cantik Mulan, Muka Pun Iras Dengan Fazura !!

Meninjau akaun Instagram Fazura, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pertemuan antara Fazura dan penyanyi negara jiran Indonesia, Mulan Jameela. Siapa tidak kenal akan figura ini yang terkenal dengan beberapa lagu yang menjadi siulan satu masa dahulu.

Mulan yang kini sudahpun berhijab nampak semakin cantik dan berseri-seri. Malahan kata peminat, penampilan terkini Mulan ini membuatkan dirinya nampak lebih muda. Fazura juga apa kurangnya, tetap anggun walaupun memakai pakaian yang simple sahaja.

6 tahun tidak bertemu, keadaannya cukup berbeza katanya Mulan. Mulan turut memuji kejayaan Fazura dalam perniagaan tudung yang mendapat sambutan hang4t di Malaysia. Seronok peminat melihat gelagat dua sahabat ini apabila bertemu.

Sempat Fazura berseloroh agar Mulan memakai tudung pemberiannya itu di parlimen. Perkongsian ini telahpun mendapat perhatian daripada peminat dan sehingga kini ianya telahpun merekodkan 224 ribu tontonan.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata peminat memuji penampilan Mulan dan Fazura. Kecantikan mereka juga menarik perhatian dan antara komen-komen peminat :

” Makin cantik bangat sis mulanjameela bila sudah berhijab… Sebaik-baik dan seindah perhiasan di Dunia adalah Wanita yg Solehah.. “

” Cantik dua-dua, suka tengok Mulan. Comel the reaction, macam adik beradik pulak dah.. “

” Cantiknya dua-dua ni, muka ada iras sama. Macam adik beradik pun ada. Dulu minat sangat lagu Mulan Jameela.. “

” Macam kembar dah Fazura dengan Mulan ni, dua-dua pun ‘ Jameela ‘. cantik berseri.. Makin ayu dan muda, awet muda lah Mulan.. “

” Wah Mulan awet muda sangat ni. Makin cantik bila berhijab. Dah macam kembar dengan Fazura.. Tak jemu mata memandang.. “

” Haha cute je reaksi dua-dua ni, Mulan memang nampak makin muda kan. Bertambah tambah cantik Mulan.. “

Memang ketara berbeza Mulan dahulu dengan Mulan sekarang, lebih ayu dan semakin berseri-seri. Semoga ik4tan persahabatan antara Fazura dan Mulan kekal berpanjangan sampai bila-bila dan kedua-duanya success dengan kerjaya masing-masing.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fazura, IG Mulan Jameela

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..