” Akhirnya Jihan bukak mulut juga, tahu-tahu nak ada baby lagi.. ” – Netizen

Jihan Muse Sahkan Kehamilan Keduanya. Dah Tak Lama Ni Baby Nak Keluar. Makin Cantik Ibu Hamil Ni, Seri Ibu Mengandung Sangat !!

Nama pelawak dan pengacara wanita, Jihan Muse bukan asing lagi pada para peminat. Seorang yang humble dan suka berjenaka, Jihan yang bergelar isteri kepada Ungku Hariz juga sudahpun mempunyai seorang anak lelaki bernama Ungku Arsalan.

Sebelum ini ramai peminat yang menegur perubahan pada Jihan dan mengatakan Jihan berbadan dua, namun tiada sebarang pengumuman rasmi daripada Jihan sendiri. Menerusi akaun Instagram Jihan Muse, telah dikongsikan beberapa keping gambar terbaru Jihan untuk Anugerah Melet0p Era 2021.

Jihan yang mengenakan busana serba hitam ini sudah tidak dapat menyembunyikan baby bump nya yang jelas kelihatan. Nabil juga ada menyebut ianya rezeki baby ketika Jihan memenangi anugerah Personaliti TV Melet0p.

Jihan juga memberitahu usia kandungannya kini telahpun 26 minggu dan hanya berbaki lebih kurang 14 minggu sahaja lagi sebelum Jihan melahirkan cahayamata keduanya ini. Akhirnya terkeluar juga dari mulut Jihan berita kehamilannya.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Temubual Jihan bersama wartawan di mana Jihan menjawab berkenaan kandungannya ini. Alahai Jihan, sempat lagi bergurau baby PKP ye.

Posting oleh Jihan ini telahpun mendapat perhatian daripada peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Punya laaa lama dah tak tengok tv . tau tau kak jihan nak ada baby lagi dah . Congrats kak.. “

” Classy sangat this look… modest yet classy. Congratulations mak, berseri-seri Jihan.. “

” Baru tahu sis Jihan pregnant. Semoga baby dan ibunya sihat sihat selalu. Tahniah menang, rezeki baby betul.. “

” This time you r really stunning.. lain dari sebelum-sebelum ni.. seri ibu mengandung memang lain macam.. “

” Makin cantik Jihan, akh1rnya Jihan bukak mulut juga. Tahniah atas kejayaan dan tahniah juga bakal timang baby tak lama lagi.. “

” Cantiknya mak buyung, sopan look elegent. lama tak nampak tahu-tahu dah pregnant lagi. Tahniah Jihan.. “

” Patut makin berseri seri ada baby rupenya , tahniah jihanmuse semoga dipermudahkan sgala urusan .. “

Komen yang dibalas oleh Jihan dan dinyatakan usia kandungannya itu :

Tahun 2022 yang istimewa dan manis buat Jihan, anugerah AME dapat, baby pun bakal menyusul beberapa bulan sahaja lagi. Semoga segala urusan Jihan sepanjang tempoh hamil dipermudahkan sehingga selamat melahirkan nanti. Tahniah sekali lagi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jihan Muse, IG Media Hiburan 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..