” Seronok tengok Erra dan Lisa macam ni, terasa keakraban kamu berdua.. ” – Netizen

Kemesraan Erra Fazira Bersama Lisa Surihani Dalam Satu Majlis Ilmu Dipuji Peminat. Tetap Akrab Dan Menjaga Persahabatan. Terbaik Erra Dan Lisa !!

Meninjau akaun Instagram Erra Fazira, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana majlis hari raya bersama Ustaz Wadi Annuar. Turut diselangi dengan majlis ilmu, ramai selebriti yang dapat dilihat hadir dalam majlis ini.

Antara yang kelihatan adalah Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Neelofa, Lisdawati, Lisa Surihani dan ramai lagi. Coret Erra, ianya malam yang indah apabila dapat berkumpul dengan sahabat dan insan yang baik. Pertemuan ringkas namun ilmu yang diberikan sangat bermanfaat.

Dalam video Erra ini, dapat dilihat sama kemesraan antara Erra dan Lisa. Kedua-duanya yang cantik dan manis berhijab tidak kelihatan kek0k apabila bersama. Kata peminat, sikap keterbukaan dua figura ini menyenangkan ramai peminat.

Erra juga berharap agar sessi sebegini dapat lagi dilakukan pada waktu akan datang demi menyemai Nur Islam di hati semua. Seronok peminat melihat artis-artis berkumpul dan sama-sama menimba ilmu dari majlis ilmu seperti ini.

Jom tonton video di bawah :

Posting oleh Erra ini telahpun menarik perhatian peminat dan antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Sweetnya semua, alhamdulillah. Saya suka sikap open minded kamu berdua, Erra dan Lisa. Sangat menjaga silaturahim.. “

” Respect sangat-sangat dengan Erra dan Lisa Surihani. Seronok tengok dua-dua dah berhijrah jadi lebih baik.. Alhamdulillah.. “

” Rasa seb4k dan tenang lihat wajah-wajah ni. Seronok tengok banyak artis senior yang dah berhijrah, alhamdulillah.. “

” Terserlah nur pada wajah Lisa Surihani, sejuk hati tengok. Semoga istiqamah dan berhubungan baik selalu Erra dan Lisa.. “

” Seronoknya majlis ilmu macam ni, beruntungnya dapat hadir majlis ilmu. Sejuk mata melihat majlis sebegini.. “

” Seronok tengok perubahan masing-masing. Semoga sentiasa di jalan yg lurus dan diredhai Allah. Erra dan Lisa memang melted my heart.. “

” Bersahabat kerana Allah, comel je Lisa dan Erra. Sejuk mata memandang. semoga sentiasa dalam kebaikan kerana Allah.. “

” Seronok tengok Erra dan Lisa macam ni.. macam terasa keakraban antara kamu berdua, Alhamdulillah.. “

Lisa turut meninggalkan komennya pada video perkongsian oleh Erra ini.

Semoga ianya menjadi titik permulaan buat semua  bagi mencari lebih banyak ilmu untuk masa hadapan. Sambil menambah ilmu agama, sambil dapat mengeratkan lagi silaturahim. Tahniah kepada semua yang hadir dan dapat meluangkan masa untuk majlis sebegini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Erra Fazira, IG Lisa Surihani

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..