” Comel tengok muka Datuk t0long pegang blanket, haha.. ” – Netizen

Video Datuk M. Nasir Bersama Anak Membantu Isterinya, Datin Marlia Musa Membuat Rakaman Suara Tarik Perhatian Ramai. Wow Guna Blanket Jer, Terbaik Lah !!

Siapa tidak kenal dengan nama Datin Marlia Musa ini. Datin Marlia seorang pelakon yang pernah popular menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan merupakan isteri kepada penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M. Nasir.

Meskipun sekarang tidak lagi aktif dalam dunia lakonan, pasti ramai yang selalu dengar di cor0ng radio suara Datin Marlia menerusi pelbagai iklan mempr0mosikan pelbagai produk. Malah memang tidak dinafikan suara Datin Marlia selalu didengar dalam pelbagai iklan.

Meninjau di akaun Instagram Datin Marlia sendiri telah memuatnaik satu video terbaru. Menerusi video itu, Datin Marlia sedang melakukan suara rakaman kerjanya. Kelihatan juga Datuk M. Nasir bersama anak, Suci Musalmah turut membantu Datin Marlia memegang selimut ketika proses merakam suara.

Perkongsian video tersebut telah ditonton lebih 17 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Comel tengok reaksi wajah Datuk M. Nasir yang ‘cool’ membantu isteri tersayangnya sedang melakukan kerja.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai ‘cara’ Datin Marlia melakukan kerjanya dan terhibur dengan m1mik muka Datuk M. Nasir. Antara komen-komen warganet adalah :

” Comel tengok muka Datuk tol0ng pegang blanket, haha. Mesti payment mahal ni Datin bayar untuk Datuk, hehehe.. “

” Berapa bayar Production Assistant tu kak?? Besao nya budget, boleh hire A Lister tukang jadi PA hahaha.. “

” Fuiyooo. Kerja di mana2, p0wer lah Datin. Datuk pun teamwork skali. Jgn lupa payment Datuk pun kena ada skali tu.. “

” Fuh, dedikasi seorang VO talent. Ini yg kita mahukan a sound proof blanket,  mobile production house ni, hehe.. “

” Datuk stiff je tak gerak langsung, suara dalam blanket pun p0wer Datin, terbaik lah di mana2 pun bekerja.. “

 ” Hahahahahah dashy4t betul vocal booth cikgu, paling tak tahan tengok muka PA sebelah kiri tu, kenapa comel sangat.. “

” Modern pr0blems require modern solutions. Another sound engineer could never Suci Nasir, hehe the best team.. “

Memang nampak menarik dan sangat kreatif apa yang dilakukan oleh Marlia dan Datuk M. Nasir. Apa-apa pun semoga Datin Marlia terus berjaya dalam bidang yang diceburi dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Cik_mmusa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..