” Bagusnya, kecil kecil dah pandai bersyukur.. ” – Netizen

Video Alisa Aisyah Dan Yusuf Iskandar Yang Seronok Membuka Sampul Raya Buat Peminat Terhibur. Bagusnya Yusuf, Siap Doakan Si Pemberi Duit Raya Lagi. Alisa Pula Teruja Dapat Banyak RM1, Comel Sangat !!

Apabila raya tiba, kanak-kanak yang paling gembira. Selain dapat bermain bunga api dan berjumpa sanak saudara, mengutip duit raya antara aktiviti yang membuatkan kanak-kanak seronok. Hampir semua orang lah pernah melalui momen kanak-kanak ini.

Meninjau akaun Instagram Sinar_my, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak Hanis Zalikha iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah ketika membuka sampul duit raya yang mereka perolehi sepanjang raya ini.

Alisa seperti biasa dengan mulut riuhnya menjer1t-jer1t menyebut ‘ moneyy, so much money ‘ sambil membuat muka cheeky nya itu. Nampak teruja dan gembira Alisa ketika melihat banyak keping wang RM1 yang diterimanya.

Yusuf pula seperti biasa, sopan santun dan lembut tutur katanya. Melihat banyaknya wang yang raya yang ada, Yusuf spontan mengangkat tangan dan mengatakan ‘ thank you for everything aamin’. Bagusnya Yusuf, tahu mensyukuri pemberian orang terhadapnya.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat comel Alisa dan Yusuf ini telah mendapat tumpuan daripada peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Comel Alisa. Alisa lagi happy dapat duit RM1 sebab banyak helai daripada RM 50 sehelai je. Dia hurmm kan aje haha.. “

” Alhamdulillah, semoga saya menjadi ibu seperti keknis one fine day. Confirm lagi banyak dari simpanan saya ni haha.. “

” Bagusnya, kecil kecil dah pandai bersyukur. Alhamdulillah suka dia orang dapat duit raya. Alisa comel lah money money.. “

” Bagus punya abang Yusuf ni. Bagus Yusuf, aamin lepas bukak sampul. Bagus sangat didikan ibu bapa dia ni.. “

” Masya Allah, semoga menjadi anak yang selalu bersyukur dan soleh serta solehah. Muka exc1ted masing-masing tengok duit raya.. “

” Punya exc1ted alisa tengok rm1 banyak helai tu. Bagusnya yusuf , sejuk mata tengok perangai yusuf ni. tahu mensyukuri rezeki, bangga sangat dengan hanis dan hairul. berjaya didik anak-anak.. “

” Ni baru betul keluarga soleh dan solehah. tak kisah dapat berapa pun, jenis humble. Yusuf contoh abang terbaiklah.. “

Bukan nilai duit yang menjadi ukuran, yang penting keikhlasan si pemberi. Cara Yusuf dan Alisa menerima wang raya mereka ini memang bagus. Tetap gembira, siap pakej doa lagi. Semoga Yusuf dan Alisa sentiasa menjadi anak yang soleh dan solehah untuk mommy dan daddy.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sinar_my, IG Hanis Zalikha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..