” Comel, ending paling best. Tak sangka Anuar nak buat macam tu.. ” – Netizen

Video Anuar Zain Menyanyikan Lagu Raya Bersama Syamel Dan Ernie Zakri Raih Pujian Ramai. Terhibur Tengok Masing-Masing Punya Gaya Masa Menyanyi. Lagu Ni Memang Mengimbau Kenangan Betul !!

Meninjau di akaun Instagram milik penyanyi Anuar Zain telah berkongsi satu video yang memaparkan Anuar bersama anak saudaranya iaitu Ernie Zakri dan Syamel telah menyanyikan sebuah lagu raya.

Dalam video itu, kelihatan Anuar Zain, Ernie dan Syamel sedang berada di atas tangga. Anuar telah mendendangkan lagu raya yang pernah dipopularkannya ketika kecil dahulu yang bertajuk ‘ Suasana Hari Raya ‘.

Gelagat Syamel dan Ernie yang sesekali muncul sebelah sisi kiri dan kanan Anuar Zain menghiburkan ramai. Dendangan lagu yang disampaikan oleh mereka bertiga ini kedengaran sangat merdu dengan versi mereka yang tersendiri.

Perkongsian video itu turut disertakan ucapan raya daripada Anuar kepada peminat-peminatnya di ruangan kapsyen. Sehingga kini video nyanyian Anuar bersama Ernie dan Syamel telah ditonton lebih 57 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Tonton video di bawah :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video perkongsian Anuar ini. Malah rakan-rakan artis turut memberikan komen. Antara komen-komen menarik adalah :

” Besttttt Syamel, Ernie Zakri love abang Nuar of course.. ” – Catriona Ross

” Alaaaaa 4th singer baru nak turun dari tangga abang dah off rec .. penat saya pratice banggg.. ” – Fara Fauzana

” Selamat Hari Raya Anuar. Maaf Zahir & Batin.. ” – Dato’ Sheila Majid

” Jgn nkkk cuteee sangat semua ni, banggggggg selamat hari rayaaaaaaa.. ” – Idayu

” Comel tiga2. Ending paling best. Selamat Hari Raya abang Anuar, lagu paling best sejak dahulu smpai lah sekarang.. “

” Hahaha. Super cool. Gabungan paling mantap ar. Sedap ar suara semuanya. Selamat hari raya guys.. “

 ” Tomeynya video ni, alahai ger4m tengok, haha. Salam lebaran khas buat penyanyi yang saya minati, Anuar Zain sekeluarga.. “

” Trio Menganc4m is back. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin Abg Nuar and family. Moga sentiasa sihat2.. “

” Lagu mengimbau kenangan lah, teringat masa raya time kecik2 dulu. Heehe tak penah jemu tau dengar lagu ni.. “

” Selamat Hari Raya Nuar, enjoy your Aidilfitri. Maaf Zahir Batin. Stay safe & Semoga sentiasa di dalam lindungan Allah SWT. Love the this song.. “

Tak sangka part last tu Anuar nak buat muka comel. Apa-apa pun, memang best sangat lagu ni, betul-betul mengimbau kenangan raya suatu ketika dahulu. Apa-apa pun, selamat hari raya Anuar Zain dan keluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Anuar Zain

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..