” Isteri syurgaku Nur Amirah Filzah binti Badioezaman selamat melahirkan.. ” – Wan Emir Astar

Suami Mira Filzah, Wan Emir Astar Kongsi Berita Gembira Kelahiran Cahayamata Sulung Mereka. Alhamdulillah, Ibu Dan Anak Sihat. Tahniah Mira Dan Emir !!

Sekitar Januari yang lalu, Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar memaklumkan di media sosial mereka berita mengenai kehamilan Mira yang ketika itu sudahpun berada di trimester kedua. Berita tersebut disambut gembira oleh para peminat Mira khususnya.

Hari berganti hari, Mira dan Emir menghitung hari dan hari ini pada tanggal 10 Mei, berakh1rlah penantian 9 bulan mereka. Terbaru, menerusi akaun Instagram Wan Emir Astar, telah dikongsikan sekeping gambar throwback Mira bersama Emir.

Mereka pada ketika itu memegang gambar scan bayi ini. Emir memaklumkan Mira telahpun selamat melahirkan bayi mereka pada jam 3.40 pagi. Berkongsi tarikh lahir yang sama dengan Mira iaitu 9 Syawal, mereka telah menimang cahayamata lelaki.

Emir turut memberitahu kondisi Mira dan bayi kedua-duanya dalam keadaan sihat walafiat. Ucapan terima kasih juga dititipkan Emir buat semua peminat yang mendoakan yang baik-baik untuk Mira dan mereka sekeluarga.

Jom baca perkongsian di bawah :

Selepas beberapa jam dikongsikan, berita ini telahpun mendapat ribuan ucapan tahniah daripada peminat. Antara komen-komen peminat :

” Congrats tak sabar nak tengok baby Emiramirah ni. Alhamdulillah, syukur semuanya berjalan dengan lancar.. “

” Alhamdulillah tahniah Emir dan Mira. Selamat berp4ntang Mira, semoga baby menjadi anak yang soleh berjaya dunia dan akh1rat.. “

” Alhamdulillah love you three. Berkat bulan Syawal, semoga menjadi anak yang soleh, Congratulations to the both of you.. “

” Syukur ke hadratNya, alhamdulillah. dipermudahkan segalanya. Can’t wait t0 meet the lil one.. “

” Alhamdullilahhh Alhamdullilahh Alhamdullilah. Syukurrr pada-Mu Ya Allah. Congratulations Mia & Emir. And welcome aboard baby.. “

” Syukur alhamdulillah, akhirnya rasmi menjadi ibu dan bapa. Tahniah Mira dan Emir. Selamat berp4ntang Mira.. “

Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan untuk Mira melahirkan zuriatnya ini. Bolehlah baby W menyambut birthday bersama ibunya tahun depan, tentu makin meriah family Mira dan Emir. Apa pun, tahniah Mira dan Emir daripada kami di Berita Kopak dan selamat berp4ntang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Wanemirastar, IG Mira Filzah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..