” Mata masuk habuk lepas baca. Syukur raya yang sangat bermakna.. ” – Netizen

Perkongsian Anak Didie Alias Dapat Beraya Bersama Bapa Kandungnya, Ridzuan Hashim Dan Ibunya, Didie Alias Undang Seb4k Warganet. Gambar Paling Terindah, Alhamdulillah Penantian Selama 20 Tahun Yang Sangat Bermakna !!

Umum sedia maklum pelakon Didie Alias pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon Ridzuan Hashim. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka telah dikurniakan lima orang cahaya mata. Namun jodoh mereka tidak panjang dan akhirnya mereka berp1sah.

Meninjau ke akaun Instagram, Didie telah berkongsi coretan anak sulungnya, Dhaniyah yang begitu bahagia setelah penantiannya dapat beraya bersama kedua orang tuanya. Malah, Dhaniyah juga berkongsi gambar keluarga mereka.

Tulis Dhaniyah, setelah 20 tahun penantian untuk beraya bersama kedua orang tua mereka tercapai. Dalam masa yang sama, Dhaniyah memberikan kata ucapan terima kasih kepada Didie dan Ridzuan kerana telah membahagiakan mereka anak-anak.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet. Ada yang menyatakan yang gambar yang dikongsikan oleh anak Didie itu sangat istimewa setelah melihat penyatuan kembali keluarga mereka.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa syukur dan seb4k setelah membaca nukilan anak Didie serta gembira melihat gambar raya keluarga Didie. Antara komen-komen menarik adalah :

” Alhamdulillah, syukur semua anak2 berjaya, berkaca pulak mata membaca nukilan seorg anak, selamat hari raya guys.. “

” Ini baru keluarga bahgia Didie demi anak2 untuk mengeratkn silatulrahim bersama bekas suami Ridzuan, semoga kluarga ini akan brbhgia & damai selalu.. “

” Mata masuk habuk la lepas baca. Syukur raya yang sangat bermakna. Selamat hari raya Didie sekeluarga.. “

” Alhamdulillah wlapun ibu bapa bercerai berai, tetapi kasih sayang antara ibu / bapa dan anak anak tak dapt diput0s.. “

” Salam Aidilfitri moga kekalkan persaudaraan hingga Jannah. Tumpang happy tengok keluarga ini bersatu, alhamdulillah.. “

” Salam aidilfitri buat Didie Alias dan Ridzuan. Syukur akhirnya gambar keluarga yang sangat sempurna.. “

Seb4k baca luahan anak Didie, memang sangat bermakna raya keluarga mereka tahun ini. Apa-apa pun, semoga hubungan silaturrahim antara Didie dan Ridzuan akan kekal baik sehingga ke akhir hay4t dan moga mereka sentiasa bahagia bersama anak-anak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Didie Alias, Niyardzn

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..