” Dah macam boy band lah, so handsome.. ” – Netizen

Video Ucapan Hari Raya Aidilfitri Daripada Anak- Anak Azah Aziz Raih Perhatian Ramai. Handsome Belaka Anak Azah. Seorang Nak Bagi Salam Dulu, Seorang Terus Bagi Ucapan !!

Meninjau ke akaun Instagram Azah Aziz, p0sting ucapan hari raya Aidilfitri daripada ketiga-tiga anak lelakinya telah dikongsikan. Aaron, Ryan dan Justin kini sudah meningkat remaja dan kelihatan sangat handsome.

Menurut Azah, hari raya pertamanya di Kanada seperti hari-hari biasa sahaja kerana anak bongsunya bersekolah manakala suaminya pula bekerja. Namun begitu, mereka tetap akan meraikan hari raya bila berkesempatan.

Pada hari raya keempat barulah Azah dapat mengabadikan gambar kenangan berhari raya bersama keluarga. Azah turut berkongsi gambar tersebut pada p0sting seterusnya walaupun penampilan mereka agak ringkas sahaja.

Perkongsian Azah ini telah mendapat lebih daripada 3 ribu tanda suka buat masa ini sejak ia dimuatnaik. Ramai yang memuji wajah tampan ketiga-tiga cahaya mata Azah yang mewarisi wajah Azah dan suaminya yang berbangsa Inggeris.

Jom tonton video di bawah ;

Gambar keluarga Azah :

Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan selamat hari raya kepada Azah dan keluarga. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Rayyan nak beri salam dulu sebelum berucap. Selamat hari raya kepada azah sekeluarga. Please perkenalkan mana satu abg besar, abg sedang dan abg kecik.. “

” Nak panjang skit sis ucapannya.. alhamdulilah memberi salam dan mendoakan kesejahteraan. Selamat hari raya kak azah.. “

” Dah macam boy band la sis, so handsome.. selamat hari raya sis.. maaf zahir dn batin sis.. kejap sangat videonya.. tak puas.. “

” Alaa kejap sangat kak videonya.. mohon dipanjangkan video ucapanya dari setiap seorang . Selamat hari raya kak.. “

” Selamat hari raya kak, cantik baju beli kat mana tu.. dah tinggi dah justin.. lg tinggi dari maknya.. comel semuanya.. “

” Semua anak sis handsome.. cntik weh kak azah.. azah kat sana mesti jd perhatian sbb kulit sawo matang.. slmt hari raya .. “

” Selamat hari raya aidilfitri.. kepada ryan, justin dan aaron.. handsome lah.. ramai terpikat cmni.. hihi.. “

Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada Azah Aziz sekeluarga dan berbahagia selalu. Semoga lebaran tahun ini lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelumnya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Azah Aziz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..