” Lawak lah gaya nak salam Abby tu, nasib tak terbang jari jemari tu. Haha.. ” – Netizen
Video Abby Abadi Menyakat Norman Hakim Ketika Sesi Bersalaman Hari Raya Buat Peminat Terhibur. Lawak Betul Mama Abby Ni, Ada Je Idea Nak Menyakat Papa Oman. Gaya Salam Tu Kelakar Betul !!
Seperti tahun-tahun sudah, Abby Abadi pasti akan berkumpul dan menyambut lebaran bersama Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Ini antara aktiviti wajib keluarga besar Norman dan Abby setiap tahun.
Meninjau akaun Instagram Abby Abadi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Abby ketika sesi bersalaman bersama keluarga. Bagi peminat yang selalu mengikuti Abby dan Norman pastinya tahu Abby memang suka menyakat Norman.
Cerita Abby di kapsyennya, ini kejadian ketika Abby meminta duit raya daripada Norman. Gurauan Abby ingin bersalam dengan Norman membuatkan semua tergelak. Nak4l Abby ni, gaya salam tu mengulangi kejadian sebelum ini, macam nak terbang je jari jemari tu.
Kemesraan yang selalu membuatkan peminat turut merasai kebahagiaan dan kegembiraan keluarga ini. Kalau Abby menyakat Norman, memang kec0h jadinya. Sama-sama sporting, manalah tak meriah keluarga besar ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Abby Abadi ini mendapat banyak likes dan emoji daripada peminat. Rata-rata terhibur melihat gelagat Abby dan antara komen-komen peminat :
” Semoga keluarga ni terus harmoni. Comel je mama Abby ni. Bestnya kalau boleh jumpa dekat KB ni dengan mama.. “
” Selamat hari raya kak Abby cantik. Suka je tengok dia orang ni. Selamber je Abby buat lawak dengan suami haha. sporting amat.. “
” Terbaik, selamat hari raya semua, Still remembered dapat bersalaman dengan Abby di sg wang selepas buat persembahan bersama elite. Lembut g1ler tangan Abby.. “
” Comel je salam raya haha. Selamat hari raya kak Abby, maaf zahir batin Idolaku yang sentiasa cantik.. “
” Semoga Allah hantar kebahagiaan selalu buat korang semua. suka tengok kebahagiaan korang. moga hingga ke syurga. “
” Lawakla gaya nak salam Abby tu., nasib tak terbang jari jemari tu haha.. tak pernah tak lawak kalau abby menyakat oman. ada je ayat lucu yang keluar.. “
” Kuruslah Abby…selamat hari raya maaf zahir dan batin Idola ku yang sentiasa cantik.. “
Macam-macam hal sungguh Abby ini tapi menghiburkan hati peminat yang menontonnya. Norman tak bagi duit raya, terus Abby nak banned ye haha. Apa-apa pun, semoga kebahagiaan dan kegembiraan keluarga Norman dan Abby ini kekal berpanjangan sampai bila-bila.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Abby Abadi, IG Norman Hakim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..