” Nak buang hajat pun sayang ni kak, cantik sangat.. ” – Netizen

Video Reaksi Nabil Ahmad Yang Teruja Ketika Memasuki Toilet Rumah Sharifah Shahirah. Wah Kayangan Punya Level Toilet Shiera Ni. Cantik Dan Mewah Betul !!

Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Shiera bukan nama asing di kalangan peminat. Sikap Shiera yang mudah mesra dan peramah orangnya membuatkan tidak hanya rakan selebriti malah peminat juga senang dengan Shiera.

Sekalipun sudah memasuki hari raya ke 4, kediaman Shiera masih lagi meriah dengan open house. Meninjau ke akaun Instagram Shiera Ijoy, banyak gambar dan video sepanjang raya ini dikongsikan dan salah satu yang menarik perhatian adalah video toilet rumah Shiera.

Dalam video ini, Nabil Ahmad yang berkunjung ke rumah Shiera sempena raya nampak begitu teruja sejurus memasuki toilet tersebut. Kata Shiera dalam nada bergurau, toilet rumahnya yang paling elok berbanding ruangan lain.

Dengan sinki dan mangkuk tandas berwarna keemasan seperti disalut emas, memang menarik toilet rumah Shiera. Jarang dapat melihat tandas semewah ini dan lampu tandasnya juga dipasang lampu chandelier yang cantik.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, video oleh Shiera ini telahpun ditonton oleh lebih daripada 53 ribu tontonan. Antara komen-komen peminat :

” Orang tengok tandas je tahu tuan rumah ni pembersih. Haha nak buang hajat pun sayang ni kak.. “

” Masha Allah, ni masuk automatik tak nak keluar ni. Cantik sangat.. “

Selesa sungguh toilet yang Shiera sediakan untuk tetamu yang datang ke rumahnya. Bersih dan berkilat, boleh dibuat cermin terus. Warna gold tu memang menyerlah dan membuatkan toilet Shiera ini nampak mewah.

Kata orang, hendak mengetahui keperibadian seseorang itu sama ada pembersih atau tidak, tengok pada tandas rumahnya. Terbaik dan bolehlah dijadikan idea untuk rumah masing-masing. Apa-apa pun, selamat hari raya Shiera dan terus gembira menyambut hari raya bersama insan-insan tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shiera Ijoy

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..