” Cantik halaman rumah Wany, nampak damai.. ” – Netizen

Wany Hasrita Kongsi Video Sekitar Halaman Rumah Barunya Raih Perhatian Peminat. Wah Cantik, Dalam Rumah Mesti Lagi Cantik Ni !!

Sebelum ini pernah dikongsikan oleh penyanyi terkenal, Wany Hasrita yang impiannya untuk memiliki kediaman sendiri telah tercapai. Berkongsi video di YouTube, Wany telah berkongsi kepada peminatnya dengan membawa melihat sekitar rumah barunya.

Penyanyi lagu Canggung ini turut membawa ibu tersayang mengunjungi kediaman dua tingkat yang difahamkan terletak di Selangor. Menerusi video, Wany telah memberitahu yang Wany akan melakukan beberapa pengubahsuaian sebelum pindah ke rumah itu.

Terbaru meninjau di akaun Instagram, Wany telah memuatnaik video yang memaparkan suasana persekitaran halaman rumah barunya. Perkongsian video tersebut telah mencur1 perhatian para peminat Wany.

Kelihatan landskap pada halaman rumah Wany cantik dihiasi dengan rumput karpet dan tanaman hijau. Sehingga kini video halaman rumah Wany telah mendapat lebih 13 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya memuji keindahan halaman rumah Wany dan menyak4t Wany bila akan membuat majlis open house rumah barunya. Antara komen-komen menarik adalah :

” Cantiknyaaaa.. ” – Janna Nick

”  Cantiknya rumah Kak Wany, nampak damai lah suasana. Nanti share lah deco dalam rumah pula, mesti cantik.. “

” Stay kt Eco majestic ke ni Wany. Design sama sangat nampak. Dah terbayang mesti comel kucing2 Wany lari2 kt taman ni.. “

” Wah lawanya rumah dia, dah boleh buat open house Wany, tak sabar nak tengok dalam rumah Wany.. “

” Weiii cantik, kalau ootd ni memang menarik ar. Rezeki Wany dah ada rumah sendiri, bestnya tengok.. “

 ” Lepas ni taman tu dah jadi tempat ootd terbaru Kak Wany ler yer, hahaha. Lawa lah halaman rumah, pandai deco.. “

” Wah dah pindah ke Wany, tengok halaman luar pun dah cantik, dalam rumah mesti lagi cantik ni.. “

” Alahai tunjuk lah lama skit video, hehe tak puas tengok lah. Sejuk je mata memandang tengok pokok2 di halaman rumah Wany.. “

Cantik halaman rumah Wany, patut lah ramai yang memuji. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap semoga Wany terus maju jaya dalam bidang nyanyian dan sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang.

Tonton video penuh di bawah ini :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Wany Hasrita, YouTube channel Wany Hasrita

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..