” Alhamdulillah baiknya madu Zizie, sporting sangat.. ” – Netizen

Video Zizie Izette Bersama Madunya Pada Pagi Raya Raih Perhatian Peminat. Wah Mesranya, Rapat Macam Adik-Beradik. Yang Video Last Tu Sporting Betul !!

Zizie Izette sering tampil jelita dan membuatkan peminat suka melihatnya. Ibu kepada 5 orang anak ini juga seorang yang aktif di laman sosial dan selalunya perihal anak-anak yang sering dikongsikan untuk bacaan peminat.

Meninjau entry di akaun Instagram Zizie Izette, telah dikongsikan 2 buah video yang memaparkan gelagat Zizie bersama Dato’ Bung Mokhtar dan madunya, Datin Nor Asidah Alimuddin. Akrab dan mesranya hubungan Zizie dan madunya ini dapat dilihat dalam video tersebut.

Kata Zizie di kapsyennya dalam nada bergurau, Dato’ Bung tidak suka isteri yang kurus tetapi suka isteri yang comel-comel seperti mereka. Ceria sahaja wajah Dato’ Bung diapit oleh isteri-isteri tersayang, siap kena usik lagi dengan Zizie.

Manja dan saling melengkapi, itu ungkapan yang diberikan peminat setelah melihat kemesraan antara Zizie dan madunya. Bukan semua orang dapat rezeki sebegini, dan pastinya rezeki Dato’ Bung dikurniakan Allah isteri-isteri yang sporting.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh Zizie ini telahpun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada peminat. Antara komen-komen mereka :

” Love to see this. Bagusnya dah macam adik beradik. Selamat hari raya. Semoga diberikan berkat dan rezeki yang murah.. “

” Sukanya tengok, penuh dengan ketawa riang. Alhamdulillah, semoga bahagia hingga ke jannah. Share la apa tips untuk jaga hubungan rumahtangga hehe.. “

” Suka sangat dengan datin Zizie ni. Yang last tu paling wow datin. Suka tengok sebab sporting sahaja. Hebat respect ini keluarga.. “

” Lovely family, Syukur alhamdulillah… Tumpang gembira tgk kebahagiaan mcm datin nie… Semoga dtambahkn lg kebahagiaan bersama org2 tersyg hingga ke jannah.. “

” Alhamdulillah baiknya madu Zizie, sporting sangat. Payung emas, semoga semua terus bahagia ye. Selamat hari raya datin Zizie.. “

” Bestnya family ni, alhamdulillah suka tengok. Hikmah orang sabar, semoga terus beroleh kebahagiaan.. Bahagia dato’ Bung ada isteri-isteri sporting macam ni.. “

” Bahagia walau hanya melihat. sempat lagi datin mengusik ‘ bila lagi satu sini ‘ haha tergelak kita tengok. Bagusla dua-dua mesra macam adik beradik.. Semoga bahagia menjadi milik keluarga ni.. “

Alhamdulillah, kebahagiaan yang diimpikan dan ramai yang mendoakan agar hubungan mereka ini bahagia selalu. Selamat hari raya buat Datin Zizie sekeluarga dan semoga keluarga besar ini dirahmati Allah selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zizie Izette

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..