” Sweetnya lahai Hannah dan Imam.. ” – Netizen

Video Suami Hannah Delisha, Imam Shah Membantu Membetulkan Tudung Hannah Di Khalayak Ramai. Bagus Imam, Jaga Aurat Isteri Tak Nak Bagi Nampak Rambut. Terbaik Lah !!

Pelakon Hannah Delisha atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch sering menjadi perhatian ramai. Bukan sahaja memiliki bakat lakonan hebat, Hannah juga seorang yang dikatakan memiliki wajah yang cantik secara asli.

Namun, setelah pelakon kelahiran negara Singapura ini mendirikan rumahtangga bersama lelaki pilihannya, Imam Shah yang juga seorang pelakon, Hannah kurang berkongsi perkembangan kehidupan rumahtangganya di media sosial.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram fans Hannah, telah berkongsi satu video pendek yang memaparkan Hanah bersama suami tersayang. Menerusi video, kelihatan Imam sedang membetulkan tudung Hannah di khalayak ramai.

Video tersebut telah diambil secara spontan oleh peminat Hannah yang berada di tempat itu. Sehingga kini, video Imam membetulkan tudung isteri kesayangannya telah mendapat ratusan tanda suka sejak dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah :

Kalau dilihat secara teliti, sebenarnya Imam sedang membetulkan tudung Hannah dengan memasukkan kembali rambut Hannah yang sudah terkeluar di tepi tudungnya. Wah terbaik lah Imam, tak nak orang nampak aurat isterinya, cepat-cepat Imam tolong betulkan tudung.

Sekadar info, tahun lalu perkongsian oleh Hannah yang memakai baju pengantin bersama Imam Shah di akaun Instagramnya membuatkan ramai terkej0t dengan berita perkahwinan mereka. Namun ramai yang telah mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan mendoakan kesejahteraan rumahtangga mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : IGĀ  Hannahdelishas_loverss, Hannah Delisha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..