” Som dah pandai jalan, habis satu rumah dia round.. ” – Netizen

Nad Zainal Kongsi Video Terbaru Anak Perempuannya, Budi Kalsom Yang Kini Sudah Pandai Berjalan. Wah Seronoknya Som Dah Dapat Kaki. Tapi Daddy Dengan Abang Nampak Terlebih Excited Sampai Som Terpinga-Pinga Tengok Mereka Bersorak, Haha !!

Perkembangan anak sejak dilahirkan sehingga mereka mencapai usia tertentu sentiasa dinantikan oleh ibu bapa. Paling dinantikan ialah saat anak sudah pandai berjalan dengan sendirinya. Ada anak yang cepat berjalan dan anak juga yang boleh berjalan apabila usia melebihi setahun.

Meninjau ke akaun Instagram Nad Zainal, satu video yang dikongsikan telah meraih perhatian ramai. Nad telah berkongsi berita gembira di mana anak perempuannya Budi Kalsom kini sudah boleh berjalan dengan sendirinya.

Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan Som sedang berjalan sambil menerima sorakan daripada bapanya serta abangnya iaitu, Fahad Ibrahim. Nampaknya daddy dan abang terlebih excited melihat Som berjalan sampai terpinga-pinga seketika Som dibuatnya.

Nampaknya selepas ini seronoklah Som dapat berjalan ke sana ke mari tanpa perlu dipimpin oleh sesiapa. Perkongsian ini telah mendapat lebih daripada 1 ribu tanda suka buat masa ini sejak ia dikongsikan. Som pun nampak comel dengan rambutnya yang diikat dua.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang turut gembira melihat perkembangan terbaru Som. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Olooo sayang.. Som dah pandai jalan, lepas ni mab0k kaki, habis satu rumah dia round.. penatlah mommy nanti mengejar som.. “

” Yeay raya ni som boleh collect duit raya jalan kaki.. alolo tahniah som, comelnya awak.. lawaklah pasukan sorak.. “

” Tunggu raya dia berlari ajer.. yeah, kalsom dah boleh bergaya dah boleh dapat collection raya.. tahniah som.. “

” Yeay som nak kasut raya bling bling please.. supporter som padu.. yeah good job budi kalsom.. comelnya awk sayang.. “

” Makin comellah som.. tahniah som dah pandai jalan.. lepas ni boleh kutip duit raya banyak banyak.. barulah seronok beraya.. “

” Ololo comel betul som.. seronoknya daddy dan abang yem tengok som.. lepas ni boleh main kejar kejar dengan abang.. “

” Hi som, so cute la awak.. lepas ni boleh lah bagi mommy penat kejar som satu rumah pula. yeah, tahniah som.. good job.. “

Selepas ini pastinya Nad menantikan Som boleh bercakap pula. Pastinya lagi seronok melayan pertanyaan-pertanyaan daripada anak apabila anak sudah petah bercakap. Semoga Budi Kalsom membesar dengan sihat dan ceria. Sentiasa menjadi penghibur hati ibu bapa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nad Zainal

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..