” Moga mendapat ketenangan dan kebahagiaan dunia akh1rat.. ” – Elizad

Gambar-Gambar Puteri Sarah Liyana Bersama Keluarga Di Airport Sebelum Berangkat Menunaikan Ibadah Umrah. Dato’ Yusuf Haslam Dan Isteri Pun Ada Sama Hantar Menantu Dan Cucu-Cucu Nak Pergi Umrah !!

Beberapa hari lalu, Puteri Sarah Liyana ada berkongsi berita yang dirinya bersama anak-anaknya bakal menunaikan ibadah umrah. Kongsi Puteri Sarah lagi, hari lahir anak sulungnya, Syaikhul Islam akan raikan di Madinah nanti.

Terbaru, Puteri Sarah telah memuatnaik beberapa gambar dirinya bersama keluarga berada di lapangan terbang sebelum berangkat ke Tanah Suci. Turut ada bersama dalam gambar itu adalah ibu dan bapa mertuanya, Datuk Yusof Haslam dan isteri.

Kelihatan Puteri Sarah telah mengenakan jubah berwarna putih serta berpurdah dan anak-anaknya setia di sampingnya. Selain itu, Puteri Sarah juga menitipkan kata dan berharap semua dapat mendoakan kelancaran ibadah umrahnya dan mendapat umrah yang mabrur.

Sehingga kini perkongsian oleh Puteri Sarah telah mendapat lebih 36 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Nampak tenang saja wajah Puteri Sarah dalam gambar meskipun ramai yang tahu Puteri Sarah sekarang sedang mempunyai mas4lah rumahtangga.

Ikuti perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, rakan-rakan artis dan para peminat turut menitipkan doa buat Puteri Sarah. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Selamat pergi dan balik. Doa banyak banyak.. ” – Lufya Omar

” Moga yg baik2 buat mu syg. Moga mendapat ketenangan dan kebahagiaan dunia akhirat, syg Sara.. ” – Elizad Sharifuddin

” Amin Allahumma Amin. Semoga tenang, bahagia dunia akh1rat. Miss you makcik.. ” – Sari Yanti

” Semoga dipermudahkan Sarah, semoga mendapat umrah mambur, doa org teran1aya akan makbul. Sy doakan awak juga.. “

” Kita doakan yang baik2, inshaAllah yang baik itu juga akan kembali kepada kita. Semoga Puteri Sarah kuat.. “

” Smoga dipmudhkn segalanya diberikan kshatn yang baik sepnjng mngerjakn umrah, Aamiin Allahumma Aamiin.. “

” Semoga dipermudahkan urusan perjalanan, dipertemukan jalan kebaikan yang sebaik baiknya kepada mereka ini sekeluarga, Ameen Ya Allah Ya Mujib.. “

” Inshallah,¬†amin ya robb semoga dipermudahkan urusan dan ibadah umrah Puteri Sarah dan anak-anak.. “

” Assalamualaikum sis, selamat menunai ibadah umrah dan semoga mendapat ketenangan jiwa di sana saya doakan.. “

Indahnya dapat menunaikan ibadah umrah lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir pada bulan ramadan ini. Semoga Puteri Sarah diberikan kesihatan yang baik ketika mengerjakan umrah dan mendapat umrah yang mabrur.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Puteri Sarah Liyana

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..