” Macam ni lah jadinya bila mommy dan daddy pelakon, hehe.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Berlakon Buat-Buat Menang1s Menghiburkan Warganet. Eii Memang Anak Pelakon Betul Lah Si Kecil Ni, Penuh Drama. Comel Sangat !!

Sebelum ini, ibu kepada Zahirah Macwilson iaitu Maslinda Yusoff datang ke ibu kota untuk meluangkan masa bersama cucu dan anak menantu tersayang. Banyak perkongsian Maslinda ketika bersama Isaac yang dimuatnaik di akan media sosialnya.

Kini Maslinda kembali ke Perth dan hanya video dan gambar Isaac menjadi pelepas rindu. Meninjau entry terbaru Maslinda di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Isaac ketika berada di rumah.

Isaac yang sudah laju berjalan ini rupanya membuat lakonan seperti sedang sed1h dan bersungguh-sungguh menang1s. Lakonan menang1s tetapi tanpa air mata, hehe. Bak kata Maslinda, kecil-kecil sudah berbakat berlakon Isaac ini.

Mana tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi. Perumpamaan ini memang kena untuk si kecil Isaac dan mommy daddynya. Bila mommy dan daddynya pelakon, anak pun mewarisi bakat mereka. Kuat berdrama betul Isaac ni.

Jom tonton video di bawah :

Sambil menutup mata dengan tangan, laju Isaac mencari mommynya. Tergelak Zahirah dan Aiman dengan kelakuan Isaac ini. Antara komen-komen peminat :

” Cheeky boy.. boleh jadi pelakon nanti Hahahaa.. tapi belum lulus lagi tu mood nang1s tapi muka tak sed1h haha.. “

” Pandai ehh dia haha. Macam nilah jadinya bila mommy dan daddy pelakon. Anaknya lagi over acting bila buat action sed1h macam ni haha.. “

” Clever boy, alolo pandai sangat ni. Pandai dia berlakon menang1s, comel lah. Tengok mommy nang1s terus cab0t eh Isaac haha.. “

” Too clever ni, g1g1t kang. Kemain lagi dia eh, drama sungguh haha. mommy dengan daddy lagi pandai berdrama.. “

” Mana tump4hnya kuah kalau tak ke nasi haha. Isaac dah mula praktis nak jadi pelakon ye. Nanti bolehlah join drama mommy dengan daddy haha.. “

Anak seusia ini sememangnya banyak kerenah dan akalnya. Penting untuk ibu bapa melayani saat seperti ini kerana pemikiran dan tumbesaran anak sedang berkembang. Semua benda ingin dibuat lebih-lebih lagi men1ru perlakuan ibu dan ayah.

Isaac Isaac, boleh jadi pelapis mommy dan daddy suatu hari nanti. Andai Isaac juga berminat dengan bidang seni, siapa tahu dewasa kelak boleh menjadi seorang bintang ternama kan. Apa-apa pun, membesar dengan sihat dan ceria selalu Isaac.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Maslinda Yusoff, IG Isaac Raees, IG Zahirah Macwilson

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..