” Amboi Mak Jenny, kemain happy.. ” – Netizen

Video Nubhan Ahamad Bawa Ibu Tersayang Menaiki Helikopter Ke Majlis Berbuka Raih Perhatian Warganet. Alahai Siap Lambai Tangan Lagi, Langsung Tak Tak0t. Semp0i Betul Mak Jenny !!

Bagi yang mengikuti perkembangan penyanyi Nubhan Ahamad di akaun Instagram miliknya, pasti tahu Nubhan sering berkongsi video bersama ibu tersayang yang popular dengan panggilan Mak Jenny. Video gelagat spontan dua beran4k ini menarik perhatian warganet.

Terbaru, Nubhan telah memuatnaik video yang memaparkan Nubhan telah membawa Mak Jenny menaiki helikopter. Difahamkan video tersebut dirakamkan ketika mereka mahu pergi ke majlis berbuka puasa di sebuah hotel.

Selain Nubhan dan ibunya, turut serta bersama mereka adalah isteri Nubhan, Dr Fie. Sempat Nubhan merakamkan memori saat menaiki helikopter dan aksi Mak Jenny yang teruja menaikinya. Dalam video itu, Mak Jenny telah melambai tangan sambil melihat pemandangan bandar Kuala Lumpur dari atas Helikopter.

Perkongsian video tersebut sekali lagi telah mendapat perhatian. Ada yang menyatakan yang Nubhan seorang anak yang baik yang sentiasa membahagiakan ibunya. Sehingga kini, video Mak Jenny menaiki helikopter telah mendapat lebih 8 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Jom tonton video di bawah :

Di rungan komen, rata-rata warganet memberikan reaksi positif setelah menonton telatah Nubhan dan Mak Jenny dalam video itu. Antara komen menarik adalah :

” Amboi Mak Jenny, kemain happy saip lambai tangan lagi, hehe. Alhamdulillah murah rezeki Nubhan selalu bahagiakan ibu.. “

” Semoga sentiasa dilimpahkan rezeki selalu dan terus maju jaya buat Abg Nubhan dan Mak Jenny, hehe suka tengok telatah Mak Jenny.. “

” Woww Mak Jenny naik heli lah, tak main dah jalan darat sekarang ye, terus laluan udara, hehe hebat2.. “

” Kerlasss mak Jenny skrg. MasyaAllah berkat hidup awak dik Nubhan bahagiakan syurga awak, amin.. “

” Kec0t perut tu, tapi Mak Jenny contr0l mach0. Steady Mak Jenny, hehe untung sangat tu dapat naik heli, bukan kaleng-kaleng ya.. “

” Comey lah tengok Mak Jenny, hehe sakan betul. Hebat joki Mak Jenny, Semoga Allah permudahkan semua urusan kita.. “

” Senyum bahagia Mak Jenny, hehe tak padan awal2 tak0t, haha. Terbaik lah Nubhan, moga terus berjaya.. “

Alahai memang comel tengok part Mak Jenny melambai tangan tu. Nampak Mak Jenny seronok dapat naik helikopter, satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Apa-apa pun, semoga Nubhan semakin berjaya dan dimurahkan rezeki selalu. Teruskan berkongsi video-video gelagat Mak Jenny yer Nubhan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nubhan Ahamad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..