” Nampak satu kepuasan senyuman dia dapat tolong ibu.. ” – Netizen

Video Cara Rahim Sepahtu Cuba Memudahkan Ibu Mertuanya Untuk Masuk Ke Dalam Kereta Dapat Pujian Warganet. Alhamdulillah, Memang Menantu Yang Baik Lah Rahim !!

Sedia umum tahu bahawa pelawak terkenal, Rahim Sepahtu mempunyai dua isteri. Malah hubungan sesama isteri-isterinya itu juga baik. Malah ada sahaja perkongsian mengenai mereka di media sosial yang selalu mencur1 perhatian umum.

Meninjau di akaun Instagram milik isteri kedua Rahim, Lily ada berkongsi satu video yang memaparkan hasil usaha Rahim membantu ibu mertuanya untuk masuk ke dalam kereta. Tulis Lily, Rahim sebelum ini mahu membeli tangga untuk memudahkan ibu mertuanya masuk ke dalam kereta.

Malah Lily juga menyatakan bahawa salah satu tidak putusnya rezeki suaminya kerana sikap baik hati dan pemurahnya yang suka membantu orang lain. Kelihatan dalam video, ibu mertua Rahim berjalan masuk ke dalam kereta dengan memij4k ramp yang di disediakan oleh Rahim.

Video perkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai. Rata-ratanya memuji sikap dan layanan Rahim terhadap ibu mertuanya. Hingga kini perkongsian itu telah mendapat lebih 3400 tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Di ruangan komen, selain memuji sikap Rahim dalam video, ramai yang mendoakan Rahim. Antara komen-komen warganet adalah :

” Encik Rahim nie seorang yang baik dan penyanyang, both side mak mertua dia disayang, memang seorang yang sangat adil.. “

” Alhamdulillah, semoga Abang Rahim dimurah rezeki dan sntiase berbakti pada ibu bpa, Amin.. “

” Terbaik lah bang, mana nak beli ya, saya ada hilux je, mak saya tak larat nak naik kereta dgn saya, nampak macam tangga tu mudahkan kerja.. “

” Blh search ‘car folding portable ramp’. Sgt membantu utk warga emas. Tapi tangga ni pun ok jg, terbaik Rahim.. “

” Murah rezeki, lapang hidup Rahim bahagiakan ibu mertuanya seperti ibunya sndri. Semoga Rahim diberikan kesihatan yang baik.. “

” Wah menarik caranya, bagus Rahim buat sesuatu untuk mudahkan urusan orang lain, moga terus murah rezeki.. “

” Comel tengok Rahim senyum, nampak satu kepuasan dia dapat tolong ibu. Semoga terus jadi menantu yang baik dan sentiasa menghormati org tua.. “

Ibu mertua juga ibarat seperti ibu kandung, maka berbuat baik lah pada mereka untuk mendapat lebih keberkatan. Apa-apa pun semoga Rahim sentiasa dimurahkan rezeki dan segala urusannya sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lilykhay, Rahimr2

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..