” Maintain cantik macam dulu, sopan je ketika bercakap.. ” – Netizen

Video Penampilan Terkini Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim Raih Perhatian Warganet. Suka Dengar Cara Dr. Mashitah Bercakap, Lemah Lembut Dan Cantik Pulak Tu !!

Masih ingat lagi dengan Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim ? Banyak nasihat dan amalan yang dikongsi oleh dirinya sejak dahulu. Dr Mashitah pernah berkata ‘seorang ibu ni ibarat sekolah’. Mendalam betul maknanya apabila difikirkan.

Sebelum menceburikan diri dalam bidang politik, Dr. Mashitah sering muncul di kaca televisyen menerusi rancangan ceramah agama iaitu Forum Perdana Ehwal Islam dan ianya juga salah satu rancangan di mana ibu-ibu dan bapa-bapa kita suka menonton.

Meninjau di akaun Instagram milik Majalah Nona, telah dikongsikan satu video ekslusif wawancara bersama Dr. Mashitah di kediamannya bersempena bulan Ramadan Kareem. Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet.

Difahamkan bekas Timbalan Menteri JPM ini sekarang sudah memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya Sump4h. Melihat gayanya ketika bercakap dalam video itu sangat lemah lembut dan masih tampil manis seperti dahulu.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan warganet setelah menonton video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :

” Maintain cantik macam dulu, sopan je ketika bercakap. Masih terbayang gayanya ketika menyampaikan ceramah agama dulu, suka dengar.. “

 ” Dah lama tak dengar pasal Dr Mashitah. Dulu suke sangat tengok dia bercakap lembut je, manis orangnya.. “

 ” MASYAALLAH, tabarakallah Dr Mashitah, suka tengok. Semoga sentiasa dalam pelukan kasih syg Allah, amin.. “

” Terlamp4u suka beliau, hingga namakan cucu Masyitah. Sangat memberikan inspirasi pada wanita-wanita di luar sana.. “

” Allah, suka lah dengar Dato’ Mashitah ni kalau bercakap, blh terpuk4u kejap, hehe. MasyaAllah besar betul rumahnya.. “

” Lemah lembut orangnya, dengar dia bercakap pun dah tahu. Cantik semula jadi betul, tak makan usia wajahnya.. “

” Antara tokoh yang berjaya. Saya suka dari dahulu lagi sejak sebelum zaman kegemilangannya, seorang yang low profile.. “

Mungkin masih belum terlambat untuk kami mengucapkan sekalung tahniah buat Dato’ Dr. Mashitah yang telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Sump4h. Semoga Dato’ Dr. Mashitah sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Majalah Nona, Dr. Mashitah Ibrahim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..